'Cause every night
I'm talking to the moon, still tryin' to get to you
In hopes you're on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon
I know you're somewhere out there
Somewhere far away
Jarang aku bercerita tentang perasaan. Ia suatu yang rumit bagi aku. Mudah lagi pelajaran medic berbanding hal yang satu ini. Cinta. Untuk memberikannya kepada yang bergelar manusia, aku jadi ragu- ragu. Kenapa ya??Bruno Mars-Talking to the Moon
Suatu ketika aku pernah terfikir, seandainya aku jatuh cinta nanti, bisakah cinta aku kepadanya menambah cinta aku kepada Tuhanku? Mampukah ia sentiasa buat aku mengingati Tuhanku? Apabila aku kesibukan berbakti kepada masyarakat nanti, mampukah ia bertahan kerana waktu aku kepadanya mungkin akan berkurang, perhatian aku kepadanya pasti akan berkurang juga.
Ah, mungkin tak perlu runsingkan hal yang satu ini.. Berjalan sajalah ke depan. Tuhan Maha Tahu siapa yang terbaik. Kalau tiada jodoh di dunia, insyaallah di Syurga nanti :))
No comments:
Post a Comment