Friday 29 May 2009

bukan senang nk jadi doktor

"nk jadi doktor bukan senang..."
Sebaris ayat tu berkeliaran lagi kt kepala. Selalu. Sering, dan sekarang makin giat. Malah turut diundang sama dengan rasa risau yang sgt mengganggu. Rasa itu bertumpuk dalam diri, makin lama makin menebal. Tak pasti ayat itu sebagai motivasi yang menyemarakkan semangat juang atau sebagai penggoncang keyakinan yang sememangnya tidak kuat berpasak dalam diri.

"macam mana ni?"

"belajar sungguh2. Ko boleh"

"tak...aku tak yakin la..."

"boleh...belom cuba belum tau"

"betul ke?"

"betul.."

"takut la.."

"nk takutkan ape?"

"takut la.."

"org laen pon sama...rasa apa yang ko rasa...cuma tunjuk ke tak je bezanya...ko dan mereka start pada garis permulaan yang sama."

"diorg terer..."

"usah pedulikan mereka. Ko pun apa kurangnya.."

"tak..."

"iye...yakin la sket. jangan jadi manusia berhati tikus..."

"okey...tp tanggungjawab ni besar...sgt berat. Aku takut tak dapat tunaikan tanggungjawab ni dgn baik..."

"insyaallah ko boleh. Betulkan niat. Doktor kerja yang mulia. Dari mula ko bertugas nanti tanggungjawab tu akan lahir pelan2 dalam diri"

"aku nyesal byk main2 selama ni..."

"ok, then stop la main2. Fokus balik pd study ko. Masih ada masa nak catch up balik pelajaran sblm2 ni. Kuatkan la sket hati tu. Boleh?"

"boleh...but then, macam mana nak ingat semua yang dah belajar?gila apa nak igt semua teori dan fakta yang bertimbun tu. diagnosis penyakitnya lain, treatmentnya lain, blom masuk clinpat, patologi. n yang lain2 lagi..busettt...berasap kepala!"

"Taqorrub ilallah...dekatkan diri kepada ALLAH. Pada DIA ada kunci segala khazanah ilmu. Semua ilmu milik DIA. Minta la kat DIA. Banyakkan sujud. Doalah semoga dilapangkan dada untuk terima ilmu, diberi kefahaman yang luas, dikuatkan daya ingatan dan mohonlah supaya ilmu yang dipelajari tu dapat keberkatan. Jaga diri dari melakukan maksiat dan hal2 yang sia2. Ilmu tu ibarat cahaya dan cahaya takkan tembus pada hati yang kotor. Ingat, belajar ni bukan setakat untuk kepuasan diri sendiri, tapi untuk famili, masyarakat, negara dan paling penting sekali untuk UMMAH! Sumbangkan sesuatu untuk ISLAM. Semoga dengan jadi doktor ni ada juga lah sumbangan ko..."

Monolog yang tak pernah selesai2 bertelagah dalam diri. Tapi ayat2 monolog terakhir tu membuat nafas terasa lebih ringan untuk dilepaskan. Bukan senang nk jadi doktor, tapi dengan usaha, doa, istiqamah dan tawakkal segala2nya akan dipermudahkan. Insyaallah.

OFF-1150WIB

Sunday 24 May 2009

dialog

KISAH raja iblis MENGADAP BAGINDA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Ini sebagian dari dialognya..

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?"

Raja iblis: Pertama, hamba palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?"

Raja iblis :"Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba, maka pada waktu itu, hamba menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering bekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan hamba hukum seberat-beratnya.

RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca Al-Qur'an kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

Raja iblis: "Jika mereka membaca Al-Qur'an kerana Allah, maka terbakarlah tubuh hamba serta putus-putus segala urat hamba, maka larilah hamba dari mereka.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

Raja iblis: "Telah binasalah diri hamba dan gugurlah tulang hamba kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

Raja iblis: "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umat Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya hamba sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba, baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh mengganggu mereka. Dan umat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain.

Ringkasan kisah ini telah disesuaikan kembali daripada penyusun asalnya Syaikh Muhammad bin Haji Mohd Said, Guru Madrasah Al-Sibyan, Singapura dan penerbit asalnya Hashim bin Haji Abdullah yang dicetak oleh Al-Ahmadiah Press (Pte) Ltd., Singapura.

Wednesday 20 May 2009

Carita Beach, West Java

Dada langit mulai merah. Laut yg luas terbentang kelihatan berkilau-kilau disimbah cahaya matahari yang sudah tak menyengat itu. Sang ombak masih setia menemani pantai. Dia berdiri di gigi air memerhatikan matahari yang sedang turun pelan-pelan di ufuk barat. Gunung Krakatau kelihatan berbalam-balam dari pinggir pantai Carita. Malam sedang mengambil alih tempat siang. Dia kagum akan panorama yang cukup indah itu sambil kedua bibirnya bergerak-gerak memuji betapa agungnya kuasa yang menciptakan apa yang ada di hadapannya itu. "Subhanallah...Maha Suci ALLAH". Dia teringat pada ayat Al-Quran yang bermaksud:

"Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing2 beredar menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah ALLAH Tuhanmu, milikNYAlah segala kerajaan.."(Surah Fatir:13)

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berakal, yaitu org2 yang mengingat ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2; Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran:190-191)


"Engkau tak menciptakan semua ini dengan sia2 ya ALLAH.."perlahan dia mengulang ayat itu. Kalaulah ombak yang tenang di depannya ini tiba2 menjadi tidak bersahabat lagi, ke arah mana dia harus lari? Andaikata gelombang tsunami yang pernah menimpa Acheh dulu menghempas pantai di hadapannya sekarang, apakah dia sempat untuk mencari tempat berlindung? Apakah dia berpeluang untuk menyelamatkan dirinya? Kepada siapa dia harus berpaut saat itu?Kepada siapa dia harus meminta pertolongan?

Katakanlah, "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) ALLAH jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?"mereka itu tidak akan mendapatkanpelindung dan penolong selain ALLAH. (Surah Al-Ahzab:17)

Firman2 dari Tuhan itu membuat dia merasa sangat kerdil. Hilang segala rasa tinggi diri. Cair ego di hati. Dia akur pada kuasa yang Maha Besar yang sedang mengatur kehidupan ini. Kuasa yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan apa yang ada di antara keduanya. Keinsafan menyelubungi hatinya. Betapa selama ini dia dh banyak terleka dengan godaan dunia yang sementara. "Astaghfirullahal 'azim...ampunkan dosaku ya ALLAH. La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaazholimin (tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk org2 yang zalim)."

Hatinya tiba2 menjadi sayu. Memikirkan diri yang selama ini belum maksimum mengabdikan diri pada Tuhannya. Islam masih belum cukup diamalkan sepenuhnya. Masih kurang ibadahnya. Sunnah baginda Rasulullah masih belum sebati di jiwanya. Masih belum kuat muroqobahnya. Masih lemah sifat istiqamahnya. "Lemahnya hambaMu ini ya ALLAH! Kurniakan aku kekuatan untuk menjadi hamba yang taat. Ya ALLAH, perbaikilah agamaku yang ia merupakan benteng segala urusanku, dan perbaikilah duniaku yang di sana ada kehidupanku, dan perbaikilah akhiratku yang ia adalah tempat kembaliku, dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan buatku dalam segala kebaikan, dan jadikan kematian sebagai peristirehatan bagiku dari segala kejahatan.* amin...". doanya dalam hati.

Wajah matahari telah hilang dari pandangan. Entah akan ada lagi atau tidak matahari untuknya besok dia sendiri tidak tahu. Senja kali ini benar2 mentarbiyyah dirinya untuk merenung keagungan dan kekuasaan ALLAH Ta'ala. Alhamdulillah..

kitab riyadhus shalihin*

Sunday 10 May 2009

dari Tan Seri Syed Mokhtar Al-Bukhary

50 Perkara daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok.Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya kerana saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tidak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.
Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan kerana banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia.
Saya ini hamba Allah yang biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya dan saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa kerana tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.
Apa yang tidak mampu saya buat maka saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita.
Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah.
Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat.
Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan.
Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status.
ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.
Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa DIA boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu.
Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil, ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini.
Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah.
Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini.
Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.
Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri.
Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.


21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.
Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu.
Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat.
Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya tidak ada duit tapi banyak hutang.
Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. perasaan setiap kali mendapat rezeki.
Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah).
Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan.
Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.
Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula.
Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalau pun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa.
Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle?
Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit.
Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju.
Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita.
Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.
Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar).
Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.


41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah.
Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja.
Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.
Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu.
Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini.
Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Friday 1 May 2009

jika aku jatuh CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk
menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di
jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan
abadi.