Tuesday 29 December 2009

penat berkejar- kejaran

Sedang memberi ruang untuk diri berfikir sejenak. Mengambil beberapa detik dari waktu yang diberikan untuk menilai kembali kualiti diri sebagai hamba Ilahi.

"Didiklah hati untuk tidak jadi hamba pada dunia"

Sebaris ayat itu aku 'kunyah' dan 'cerna'. Perasaan pertama yang singgah adalah RISAU dan TAKUT. Risau kalau- kalau hati ni sebenarnya dalam tak disedari telah menjadi hamba kepada dunia. Takut seandainya memang selama ini diri menjadi hamba kepada dunia. Kalau macam tu bagaimana aku di hadapanNya nanti??

Ya ALLAH, Bimbinglah aku dan sahabat-sahabatku. Ihdinasshiratol mustaqeem.

Banyak sangat hal yang mengiurkan dalam dunia ni. Kita kejar dan kejar. Kadang- kadang sampai tak larat nak kejar. Lantas kita jadi penat, letih dan lelah. Tapi kepenatan kita itu belum tentu terbayar kalau kita berjaya menangkap apa yang dikejar, sebab, lepas tu ada benda- benda lain lagi yang kita nak kejar.

Keletihan kita belum tentu terubat bila dah dapat apa yang kita nak, sebab lepas tu kita cuba pula untuk mempertahankan apa yang dah kita dapat. Betulkan?

Kelelahan kita belum tentu berbaloi sebab kadang- kadang yang dikejar belum tentu kita miliki. Lantas kerana hal- hal tersebut kita sedih, menangis, frust, kecewa, geram dan macam- macam perasaan lagi yang akan timbul.



Pernahkah kita terfikir sampai bila kita nak hidup macam ni. Selain hidup berkejar-kejaran kepada hal2 yang sebenarnya hanyalah suatu ilusi.

Penat.

Itu je yang terlintas dalam fikiran ni bila sebut pasal dunia. Pernahkah kita fikirkan untuk mengejar sesuatu yang lebih pasti? something yang boleh mengubat dan memadamkan segala keletihan kita di dunia ni?

Cuba kita selak lipatan seerah. Perhatikanlah bagaimana perjuangan Rasulullah, para sahabat, para tabiin dan seterusnya. Perjuangan mereka bermandikan airmata dan darah. Mereka sanggup tinggalkan kemewahan dan kesenangan hidup. Kenapa? Semuanya kerana untuk menegakkan kalimah La ila ha illallah di muka bumi ini. Mereka tidak mengharap pada dunia ni kerana mereka sedar dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan main-main. Redha ALLAH yang mereka cari dan pencarian mereka kepada redha ALLAH itu mereka bayar dengan harga yang mahal.

Kita?

Bagaimana keadaan kita? Adakah yang kita juangkan sekarang kerana ALLAH semata-mata? Atau kita berjuang kerana takut dunia hilang dari tangan kita?

Seandainya ketakutan itu yang kita perjuangkan, maka kitalah hamba kepada dunia ini.

Nauzubillah...sama- samalah kita beringat.

Saturday 19 December 2009

rice and McD

Tadi suasana hati agak mendung. Kenapa?
Mungkin pengaruh keadaan rumah yang sunyi sepi tanpa suara bising teman-teman serumah. Mungkin juga pengaruh hormon yang tak berapa nak stabil.

Sekarang suasana hati ini lain.

Plus plus gembiranya.

"Laughter is the best medicine." Mesti semua orang pernah dengar ayat ni. Aku percaya patients akan cepat sembuh jika suasana hatinya baik. Gembira. Jiwa yang ada semangat memang sangat membantu dalam penyembuhan penyakit. Terutama patients dengan penyakit-penyakit kronik seperti cancer dan lain2.

Aku?

Badan sihat. Tapi hati ni kurang sihat. Itu tadi. Sekarang dah semakin pulih. (buat masa ni)

Roh memerlukan 'makanan' sebagaimana tubuh memerlukan segala nutrient untuk tetap kekal cergas dan sihat. Kerana itu manusia perlu kepada tarbiyyah, untuk supply kepada rohnya itulah tujuannya. Ilmu dan pengisian jiwa itu yang menjadikan roh sentiasa hidup dan hati jadi tenteram. Kuat.

"Malas la." kata seorang teman bila diajak pergi majlis ilmu di masjid. ya, lalu aku pun tak pergi sebab takde yang nak ikut.

"Nanti aku pergi la kalau free." lagi seorang kata.

"Aku taknak lah. aku datang sini nak study. pihak kedutaan dah kata jangan ikut apa2 yang tade kaitan dengan pelajaran kat sini." beralasan lagi.

"Aku dengar dari kau je lah." bagus dah nak dengar.

Alasan, alasan dan alasan. Alasan demi alasan yang dicipta lantas menjadikan diri makin jauh dari tarbiyyah, dan menjadikan rohnya semakin 'kurus' dek kerana rindu pada 'makanan' nya.

Kita tak makan McD setiap hari, tapi nasi, kita makan setiap hari. Macam tu la dengan rohani kita. Bukan kadang- kadang, bukan waktu bosan sahaja ia perlu 'makan'. Setiap hari. Supaya ia juga menjadi 'sihat' dan 'kuat bertenaga' seperti tubuh kita, jasad yang ia tempati sekarang.



jom baca cerita ni...

There was a rich merchant who had 4 wives. He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.


He also loved the 3rd wife very much. He’s very proud of her and always wanted to show off her to his friends. However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.


He too, loved his 2nd wife. She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant’s confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.


Now, the merchant’s 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.


One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, “Now I have 4 wives with me. But when I die, I’ll be alone. How lonely I’ll be!”


Thus, he asked the 4th wife, “I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I’m dying, will you follow me and keep me company?” “No way!” replied the 4th wife and she walked away without another word.


The answer cut like a sharp knife right into the merchant’s heart. The sad merchant then asked the 3rd wife, “I have loved you so much for all my life. Now that I’m dying, will you follow me and keep me company?” “No!” replied the 3rd wife. “Life is so good over here! I’m going to remarry when you die!” The merchant’s heart sank and turned cold.


He then asked the 2nd wife, “I always turned to you for help and you’ve always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?” “I’m sorry, I can’t help you out this time!” replied the 2nd wife. “At the very most, I can only send you to your grave.” The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.


Then a voice called out : “I’ll leave with you. I’ll follow you no matter where you go.” The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition. Greatly grieved, the merchant said, “I should have taken much better care of you while I could have !”


Actually, we all have 4 wives in our lives


a. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it’ll leave us when we die.


b. Our 3rd wife ? Our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.


c. The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we’re alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.


d. The 1st wife is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material, wealth and sensual pleasure.


p/s : Guess what? It is actually the only thing that follows us wherever we go. Perhaps it’s a good idea to cultivate and strengthen it now rather than to wait until we’re on our deathbed to lament..


The end.

So, sekarang, masih kah kita mahu mengabaikan apa yang sepatutnya kita beri perhatian?

pasal mulut

"Tidak akan lurus iman seseorang hingga hatinya lurus (menjadi lurus) dan hatinya tidak akan lurus hingga lurus pula lidahnya." [HR Ahmad]

Pernah ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w tentang sesuatu yang menyebabkan orang masuk ke dalam neraka, beliau menjawab, "mulut dan kemaluan." [HR Tirmidzi]


Gurppp!!!!

Macam kena tampar kat muka sendiri. Kata- kata yang dibaca seakan teguran lansung dari ALLAH setelah apa yang berlaku.

Ighfir zunubi ya ALLAH...

Mungkin selepas ni harus lebih berhati- hati dalam bercakap. InsyaALLAH.

Friday 18 December 2009

episod baru

Salam maal hijrah. melangkah ke episod baru tahun hijrah yg ke 1431. harap2 apa sahaja yang diazamkan untuk tahun baru ni tercapai. gigihlah berusaha untuk merealisasikannya!

Lembaran yang baru kali ni biarlah membawa sejuta makna dalam hidup. hari- hari semalam yang ditinggalkan jadikan iktibar buat menempa hari-hari esok yang semestinya lebih penuh dengan cabaran dan dugaannya.

Tuesday 1 December 2009

:-))

In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate
Praise
be to Allah, the Lord of the entire universe.
The Merciful, the Compassionate

The Master of the Day of Recompense

You alone do we worship
, and You alone do we turn for help
Direct us on to the Straight Way

The way of those whom You have favoured
, who did not incur Your wrath, who are not astray
[1:1-7]