Monday 12 April 2010

tranquility

Melodi hati ni sungguh tenang pagi2 macam ni..ya ALLAH... terima kasih menganugerahi aku rasa ini...



semalam aku kata aku rindu

hari ini rindu itu memudar

kerana jiwa kini dipenuhi CINTA

cinta yang hakiki..yang lebih pasti akan aku miliki

cinta yang takkan aku kecewa kerananya


ALLAH

itulah yang memenuhi segenap jiwaku kini

bukan lagi kamu

kerana kamu tak pernah memberi aku

kepuasan dalam mencintaimu

seandainya kamu ingin menempati sebagian hati ku

maka

tanyakan padaNYA

kerana

DIA yang memiliki hati ini

seluruhnya...

KETENANGAN ITU SUATU KEBAHAGIAAN~

Friday 9 April 2010

so sweet

Aku jatuh cinta pandang pertama bila tengok video ni. Sweet sangat2. message yang nak disampaikan pun mudah nak dicerna. kadang terfikir juga, kapan agaknya nak berubah, menjadi wanita solehah.....adeh...susah sangat rasa. hu...

Teringat sabda Rasulullah yang wanita ni senang masuk syurga, tapi dalam neraka banyak sangat orang perempuan. Nauzubillah...ngerinya. Takut bila ingat azab2 kat neraka yang diceritakan dalam Al- Quran.



Kena sering2 muhasabah diri ni...

Ya ALLAH, bimbinglah aku...

lulus

ALLAH memang Maha Pemurah. Hanya saja manusia yang tak tahu, atau kurang sekali bersyukur. Aku dengan sahabat- sahabat yang lain dah dapat result OSCE tadi. Alhamdulillah, lulus. Masing-masing aku tengok mengalirkan air mata gembira, aku pon sama....hem...bagi aku perasaan ni lebih bahagia dari perasaan time dapat result SPM dulu. Terasa setiap detik yang kitorg habiskan untuk mentelaah sama2, berpening kepala sm2 sampai nak muntah dah baca buku, mata pon dah macam pandaa dan entah apa2 lagi benda aneh2 yang berlaku, semuanya berbaloi.

Bila teringat balik time ujian hari tu, rasa2nya macam tak passed je. Mana tak, kat station 4 aku boleh lupa nak tanya nama patient tu, dah nak bagi ubat baru teringt nak tanya nama dia. cet, tu yang paling aku malu sekali. Tapi ALLAH punya kuasa kan....DIA yang nak bagi lulus.

Ya ALLAH, terima kasih...

Tapi...

Ada juga antara kitorg yang nasib tak berapa nak menyebelahi. Aku turut bersedih juga kepada mereka. Takpe, ALLAH yang merancang, dan DIA sebaik- baik perancang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita ni sebagai hamba kena redha dan bersabar atas segala ketentuannya. ALLAH pasti dah sediakan sesuatu yang lebih baik di hadapan sana untuk kalian. Percayalah!

Selepas ni insyaallah, masuk ke clinical pula. Harapan aku semoga langkah kali ini dipermudahkan, supaya lancar sampai ktorg semua GRAD, jadi DOCTOR. AMIN....



sahabat2ku bagaikan 'jigsaw puzzle'
tanpa salah satu dari mereka

hidup jadi tak lengkap

biar bentuknya tak sempurna

namun, aku bahagia

bila mereka ada untuk saling melengkapi


(^____^)