Monday 31 October 2011

doa

Bismillah...

Rabbi yassir wa la tu'assir...

Ya Allah, permudahkanlah...jgn Kau sulitkan...

Amin..

Sunday 30 October 2011

tak penting

Bismillah

Sedang membrowsing tentang ICD10. Tak dapat2 dari tadi. Ia adalah code dari diagnosis penyakit-penyakit. Susah la pula nyarinya. Buang masa la dalam erti kata lainnya. Hal macam ni lah yang aku paling tak berkenan. Dunia tanpa sempadan, dunia di hujung jari...tak semua betul kata2 tu. Emosi pula kan petang2 ni. Haha.

Sudah la. Berhenti dari mencari. Lain kali saja.

Esok dah mula rutin seperti biasa.
0730- 1100: bertugas di PUSKESMAS
1300- selesai: di kampus
malam: depends pada mata. Kalau mengantuk awal, tidur awal. Kalau tak, selak- selak buku la. Sungguh tidak jelas (bak kata orang indonesia) hidup aku sekarang ni. Aku sendiri tak tahu apa yang nak dibaca. Ujian lagi 2 minggu.

Sedang mendengarkan lagu jiwang. Berbunga- bunga rasa hati bila dialunkan irama lagu cinta.

"and i keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat.."
Hahaha...

[post yang tak penting e.c keserabutan ]

Saturday 29 October 2011

talking to the moon


Do you ever hear me calling?
'Cause every night
I'm talking to the moon, still tryin' to get to you
In hopes you're on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon
I know you're somewhere out there
Somewhere far away

Bruno Mars-Talking to the Moon

Jarang aku bercerita tentang perasaan. Ia suatu yang rumit bagi aku. Mudah lagi pelajaran medic berbanding hal yang satu ini. Cinta. Untuk memberikannya kepada yang bergelar manusia, aku jadi ragu- ragu. Kenapa ya??

Suatu ketika aku pernah terfikir, seandainya aku jatuh cinta nanti, bisakah cinta aku kepadanya menambah cinta aku kepada Tuhanku? Mampukah ia sentiasa buat aku mengingati Tuhanku? Apabila aku kesibukan berbakti kepada masyarakat nanti, mampukah ia bertahan kerana waktu aku kepadanya mungkin akan berkurang, perhatian aku kepadanya pasti akan berkurang juga.

Ah, mungkin tak perlu runsingkan hal yang satu ini.. Berjalan sajalah ke depan. Tuhan Maha Tahu siapa yang terbaik. Kalau tiada jodoh di dunia, insyaallah di Syurga nanti :))

Tuesday 18 October 2011

Bismillah


Work harder and harder, no matter what tries to bring you down, pull yourself right back up!


Sunday 16 October 2011

Pelantikan Doktor

Bismillah

Alhamdulillah. Semalam selesai sudah pelantikan doktor senior2 aku. Aku belum lagi, tapi turut menumpang gembira dan bangga. Ohoo..can't wait for my turn. Mungkin sekitar bulan Februari or April. Insyaallah.


Perlantikan & Pengambilan Sumpah Dokter Angkatan LXXXII


Dr. Emma. Dr. Mimi. Dr. Jua

Majlis Perpisahan di Embassy of Malaysia Jakarta

Sebagian dari wajah2 gembira mereka..

Congratulation!!


Friday 14 October 2011

Kapan ke sana

Bismillah


Pemandangan Kaabah dan kelilingnya dari atas. Terang benderang, padat dengan umat yang bertuah menjadi tamu Allah. Kapan tahun aku, abah dan mak serta adik beradik lain dapat memijak bumi suci itu.
Ya Allah, beri kami kesempatan itu...
AMIN

OFF.2141WIB. Sambil masak Cream Puff :))

Monday 10 October 2011

Kerana aku mengasihimu

Bismillah

Hari ini hari yang memenatkan.
Tadi baca novel. Tajuknya Padang Bulan. Ia bercerita tentang seorang anak perempuan yang berusaha keras, mengerah kudrat yang tak seberapa demi menyara hidup keluarganya. Ya...ibunya serta 3 orang adiknya. Entah kenapa aku terasa begitu sayu membaca kisahnya, walaupun hanyalah rekaan manusia, tapi aku merefleksi kembali kepada diri sendiri.

Aku, tiada jasa pada keluarga. Hanya tahu minta itu dan ini, dan ia hampir selalu dipenuhi. Ah, harga kasih sayang itu tak mampu dibeli! Mak dan abah, hari tu aku telah membuat sesuatu yang mengundang hiba di hati mereka..mungkin. Aku salah, tapi kata maaf itu terlalu susah untuk diungkapkan. Aku harap salam aku waktu berpisah sebelum balik ke Jakarta kelmarin mampu menghapus dosaku. Mereka, tetap saja tenang. Kadang aku berfikir, mengapa begitu susah menjaga 2 keping hati itu? Kedua hati itu terlalu tabah meladeni kerenah anak-anaknya, seorang ke seorang. Bila memikirkan mereka, hati ni sayu, terutama semenjak dua menjak ni. Entahlah, mungkin kerana usia beranjak dewasa atau hati ini telah lunak kerana doa2 yang mereka berdua hadiahkan saban hari...

Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa abah dan mak, sayangilah mereka seperti mana mereka meyayangiku semenjak aku kecil. Mudahkan urusan2 mereka, lindungi mereka di dalam rahmat dan kasih sayangMu...AMIN.

Hati ini mahu menangis sebenarnya..kerana aku mengasihimu mak n abah...

OFF-2337WIB

Tuesday 4 October 2011

paradise is my dream home


Anas b. Malik reported: The Paradise is surrounded by hardships and the Hell-Fire is surrounded by temptations. (Muslim Book 40 No. 6778)

Aku berjalan di atas bumiMu
Sering menyombong diri
tanpa sedar
apa yang ada pada ku ini
hanyalah nikmat sementara yang Kau beri
sebagai ujian buat diri
Aku bernafas udara milikMu
Tiada bayaran yang dikenakan
Namun aku sering melupakanMu
Jarang aku bersyukur
Padahal untuk hidup tanpa 5 menit oksigen pun aku tak mampu
Hamba apakah aku ini ya Allah...
masihkah Engkau mahu memandang aku ini...
Aku rasa hina sangat
Karena aku bukanlah hamba yang kuat imannya..
taqwa dalam diri masih belum kukuh terbina..
ingatanku pada manusia dan hal dunia lebih aku utama dariMu, Tuhanku
Ya Allah...
berikan aku kesempatan untuk aku merasai nikmat mencintaiMu,
merasakan Engkau hadir dalam setiap gerakan perjalanan hidupku...
Izinkan aku bertemu denganMu di syurga nanti...