Monday 27 July 2009

sibuk

sibuk...sibuk...sibuk..
sibukkan perkara dunia...hu..

mengejar dunia tu memenatkan..meletihkan...sampai bila nk mcm ni?


dunia ni takkan abes dikejar...

Sunday 26 July 2009

menunggu dan menunggu

rejab dah berlalu. sya'aban mengganti. ramadhan tgu turn je. harap2 dapat jumpa ramadhan lagi. mungkin tahun ni best sket sbb dapat puasa dengan famili. rindunya kat mereka.

26hb
.
.
.
.
.

1hb
2hb
.
.
15hb
16hb...cepatlah...

perasaan menunggu tu selalu menggelisahkan, membuat diri tak sabar2. kata pepatah 'penantian suatu penyeksaan'. hmm...betol2..setuju.


OFF-1701WIB

Tuesday 21 July 2009

terima kasih

Setengah hari kat kampus betol2 menguras tenaga. konon la sgt abes tenaga dgr kuliah, padahal duduk je pon:-P.. al-maklumlah cuti seminggu sblm ni sgt2 membuat otot2 serta tulang2 rasa dimanjai. rilex abes..haha. second kuliah tadi sgt membosankan. "manajemen pelayanan kedokteran keluarga" tajuk yang simple but dokter tu tadi bahas tajuk je dah dekat 35 minit. mak aaaiiii, mau ktorg semua kejang2 menahan kebosanan yang super dahsyat. dis block mmg sgt2 menuntut kesabaran. community medicine...cepatlah berakhir..!!

tadi doktor tu ada mention pasal institusi keluarga tu terdiri dari penyatuan seorang lelaki dan wanita yang bersama2..bla..bla..sumtin berkait dengan kesejahteraan and anak...(i can't remember the sentence fully sbb sgt2 mengantuk tyme tu). beliau bagi contoh Joseph and Maria. Saya pernah diceritakan oleh seorang penganut Catholic tentang mereka berdua sebelum ni. Menurut keyakinan Catholic mereka tak berkahwin lagi tetapi Maria didapati mengandung dan lahirlah seorang bayi yang kemudian diberi nama Isa. Isa inilah yang mereka sebut2 sebagai Jesus Christ. Saya bukan nak cerita tentang keyakinan mereka kat post kali ni, tapi Isa yang disebut dalam Al-Quran. Isa putra Maryam. Cerita yang dibawa Al-Quran ni la yang saya yakini kesahihannya, sebab kandungan Al-Quran benar2 dari ALLAH s.w.t.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terjemahan dari surah Maryam tentang kisah Maryam dan Nabi Isa a.s.
bismillahirrahmanirrahim...

16. Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Maryam di dalam Kitab (Al-Quran), (yaitu) ketika dia mengasingkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur (Baitulmaqdis),

17. lalu dia memasang tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami (Jibril) kepadanya, maka dia menampakkan diri di hadapannya dalam bentuk manusia sempurna.

18. Dia (Maryam) berkata, "Sungguh, aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Pengasih terhadapmu, jika kamu orang yang bertakwa."

19. Dia (Jibril) berkata, "Sesungguhnya aku hanyalah utusan TuhanMu, untuk menyampaikan anugerah kepadamu seorang anak laki-laki yang suci."

20. Dia (Maryam) berkata, "Bagaimana mungkin aku mempunyai anak laki-laki, padahal tidak pernah ada orang (laki-laki) yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina!"

21. Dia (Jibril) berkata, "Demikianlah." Tuhanmu berfirman, "Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar Kami menjadikannya suatu tanda (kebesaran ALLAH) bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu urusan yang (sudah) diputuskan."

22. Maka dia (Maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.

23. kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, "Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan."

24. Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah, "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.

25. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menguggurkan buah kurma yang masak kepadamu.

26. Maka makan, minum dan bersenanghatilah engkau. Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah, "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun hari ini."

27. Kemudian dia (Maryam) membawa dia (bayi itu) kepada kaumnya dengan menggendongnya. Mereka (kaumnya) berkata, "Wahai Maryam! Sungguh, engkau telah membawa sesuatu yang sangat mungkar.

28. Wahai saudara perempuan Harun (Maryam)! Ayahmu bukan seorang yang buruk perangai dan ibumu bukan seorang perempuan pezina."

29. Maka dia (Maryam) menunjuk kepada (anak)nya. Mereka berkata, "Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan?"

30. Dia (Isa) berkata, "Sesungguhnya aku hamba ALLAH, Dia memberiku Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi,

31. dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkahi di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (melaksanakan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup;

32. dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.

33. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari kelahiranku, pada hari wafatku, dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali."

34. Itulah Isa putra Maryam, (yang mengatakan) perkataan yang benar, yang mereka ragukan kebenarannya.

35. Tidak patut bagi ALLAH mempunyai anak, Mahasuci Dia. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.

36. (Isa berkata), "Dan sesungguhnya ALLAH itulah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus."


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
macam tu lah kisah Nabi Isa dilahirkan. Dari perut seorang hamba ALLAH yang bernama Maryam... Banyak lagi cerita Nabi Isa a.s yang dicerita dalam Quran. Tapi saya paling suka yang ni. SUBHANALLAH. ALLAHU AKBAR. DIA Maha Menciptakan, Maha Berkehendak. Kalau diikutkan logik akal manusia, cerita ni mmg tak logik. Macam mana seorang perempuan yang tidak pernah 'disentuh' oleh lelaki boleh mengandung?? Scientifically, anak yang dilahirkan berasal dari ovum yang bercantum dengan sperma yang kemudian melalui proses demi proses sehingga terbentuklah manusia. Maksudnya kat sini kena ada lelaki untuk menyumbang spermanya kan? Tapi ALLAH, Tuhan sekelian alam Maha Berkuasa. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. Allahu Akbar...

wallahua'lam..sekadar sharing...

terima kasih pada kuliah yang membosankan...ada hikmah rupanya...:-))

Friday 17 July 2009

gempar lagi

Jakarta gempar lagi. bom meletup di dua hotel 5 starz <*****>awal pagi td. JW marriott dan Ritz Carlton..dekat ngan Pacific Mall yang sgt mewah tu. hu...apa nak jadi la dgn dunia ni! motif pengeboman masih dalam siasatan. yang pasti pelakunya mati dengan perut terburai (ni mengikut berita tv tempatan la) haih! ngeri seh. stakat ni 9 meninggal dunia dan 42 lainnya cedera.

oh dunia...!


bunga




rose utk mak n abah---@




bunga matahari sgt chantekkk..



tulip..lovE it!






orange hibiscus


merawat 'keletihan' bercuti..aneh2...cuti pn penat ek..ha3...

Wednesday 15 July 2009

1 permata

ku temui satu permata...
dulu ia bersinar
permata itulah yang ku sanjung
kerana indah kilauannya
memukau mata tiap kali aku memandangnya

ku lihat permata yang dulunya bersinar
kini semakin pudar cahayanya...
dibaluti debu dunia...
ingin ku sapu debu dunia itu pergi
agar dapat ku kembali
melihat kilauan permata itu
tapi dapatkah aku?

andai ku mampu sapu debu dunia itu pergi
dapatkah ku melihat
permata itu bersinar kembali?
mampukah kilauannya memukau mataku lagi?


OFF--1006 WIB

Sunday 12 July 2009

futur

sementara menunggu azan isyak. hari kedua cuti. apa nak buat dapat 'MC' lame2? tak produktif lah duduk sj macam ni. nak marathon dvd..ah, tak mendatangkan hasil. nak g jalan2...tade moOd. nak g usrah...nak2...tp...hu...

capai nset...

"slm. fin, apa kbr?
dah solat?

nk minta bg ayat2 cinta sket bley...?

rasa kurang kuat plak hati ni"


"slm. alhmdulillah sht.
da solat. em, nape ni?"


"xde..rs mcm dh lame tak dgr tzkrah...
hu...rs kering gak hati ni.."


"okey nnt org anta"


sesaat kemudian.

"Untungnya org mukmin, semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. Bukan namanya perjuangan tanpa kesulitan, namun di sebaliknya ada ketenangan..yg pasti kita tak keseorangan..ALLAH tetap bersama kita"

"Hamba & khalifah yang diredhai, itulah tujuan kita. Biarpun berat pundak memikul, biarpun sejuta ujian melanda, biarpun susah menjadi peneman, namun yakinlah ALLAH sentiasa di samping kita. DIA lah sumber kegagahan. Semoga sentiasa bersemangat! Teruslah berlari, tapi jangan pernah melarikan diri.."


hu..jangan pernah melarikan diri. pap! rs macam tkena batang hidung..okey..BAIKLAH..

satu lagi message masuk.

"Ketika org lain menggantung harap pada dunia, gantunglah harapanmu hanya pd ALLAH. Ketika org lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana ALLAH. Ketika org lain merasa bahagia dengan kekasih mereka, jadikanlah dirimu merasa bahagia dengan ALLAH...dan ketika org2 pergi mengadap raja dan pembesar2 utk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul2 mencintai ALLAH- Ibnu Qaiyyim-"

masuk lagi satu.

"Biarlah ALLAh saja yang menyemangati kita, sehingga tanpa sedar setiap peristiwa menjadi teguran atas kelalaian kita. Cukuplah ALLAH saja yang memelihara kita, kerana perhatian manusia kadang menghanyutkan keikhlasan. Semoga kita menjadi peribadi yang bermakna, yang saat bergaul mampu menyemangati org lain dan saat sendiri mampu menguatkan diri sendiri. Selamat bermujahadah!!

i just smile baca message yang terakhir. Rasa futur berlalu pelan2...

azan isyak berkumandang di segenap penjuru kota.

"hehe...syukran..nk g solat isyak ni"

lama sgt rasanya hidup menjauh dari daurah, usrah apatahlagi ukhuwah yang penuh mawaddah. ya ALLAH, kurniakan aku seorang sahabat yang dapat memimpinku ke jalan yang Kau redhai...amin.

"my pleasure"

Friday 10 July 2009

mahu jadi biasa atau luar biasa

oleh: Hamra' Al- asad

I
mpian saya semasa kecil dahulu ialah menjadi seorang yang luar biasa. Saya mahu menjadi seorang yang mempunyai kuasa istimewa. Mungkin bukan seperti ‘Superhero’ yang terbang di angkasa, tetapi seorang yang mempunyai kuasa istimewanya yang tersendiri. Saya mungkin banyak terpengaruh dengan buku-buku yang mengisahkan watak-watak dengan kuasa istimewa. Paling terkesan ialah cerita Mathilda oleh Roald Dahl. Yang saya impikan ketika itu adalah mempunyai kuasa ‘psychic’ sepertinya. Pernah juga dulu rakan-rakan menggelarkan diri saya ini “GK”, dengan pelbagai maksud yang berbeza dek kerana saya gilakan kuasa yang pelik-pelik.

Bila menginjak usia remaja, saya telah memilih untuk menjadi orang yang ‘biasa-biasa’ saja. Bukan biasa dengan erti kata tiada kuasa istimewa, tetapi biasa seperti mana rata-rata orang Islam lainnya, atau lebih tepat lagi, biasa dalam erti kata 'Islamnya'. Kenapa? Kerana ketika itu bagi saya, orang yang membawa imej Islam nampak berbeza dari segi fizikalnya. Mereka seolah-olah manusia pelik. Kebanyakan mereka bertudung labuh lebih daripada biasa, senyap dan sangat bersopan. Bukan bermaksud saya tidak boleh menerima kewujudan mereka, tapi lebih kepada diri saya sendiri. Saya dapat rasakan bahawa diri ini akan menjadi pelik sekiranya saya menjadi seperti mereka. Ditambah lagi dengan tanggapan bahawa orang seperti mereka ni agak kolot, berfikiran tertutup dan asyik bersama dengan kelompok mereka sahaja. Saya kadang-kadang pelik dengan mereka. Bagaimana mereka nanti akan dapat menempuh dunia yang semakin mencabar dengan keadaan mereka yang sebegitu? Bagaimana mereka mahu bergaul dengan masyarakat dalam keadaan tidak boleh menerima pendapat semasa? Dan pelbagai lagi persoalan lain yang didasari tanggapan bebas diri sendiri.

Oleh kerana itu saya telah memilih untuk menjadi manusia yang biasa saja. Tidaklah baik sangat dan tidaklah teruk sangat (kononnya!). Pada hemat saya, cukuplah saya solat, belajar agama, menghormati Islam dan menjaga batas-batas (walaupun pada ketika itu apa yang saya ketahui sebenarnya sangatlah terbatas). Saya beranggapan bahawa dengan menjadi antara orang-orang yang di tengah inilah yang paling bagus kerana saya boleh menerima dan diterima sesiapa saja. Orang yang ‘biasa-biasa’ dengan moto hidupnya, "Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!". (Enjoy=maratahon DVD, main game, hang-out dengan kawan-kawan, berlibur dan berhibur)


Tanpa saya sedari, rupanya sayalah manusia yang telah memilih ‘Jalan Kelabu’; Manusia yang memisahkan antara agama dan kehidupannya yang lain atau erti kata lainnya manusia yang SEKULAR.

Dan tanpa saya sedari juga, saya telah memilih jalan yang salah! ‘Jalan Kelabu’ itu tidak wujud sama sekali. Hidup ini hanya ada dua pilihan. Putih atau Hitam. Haq atau Batil. Benar atau Salah. Baik atau Jahat. Syurga atau Neraka.

Jalan Kelabu yang saya pilih itu hanyalah satu ilusi. Ilusi untuk membawa saya terjerumus ke Jalan Hitam. Bahkan bukan saya saja, tetapi juga orang-orang Islam yang melihat Islam dan kehidupannya seperti ada pemisah.

Ah, lihat saja.

Islam di sini kelihatan gah dengan masjidnya.

Islam di sini kelihatan bila orang ingin membina masjid mereka.

Islam di sini kelihatan dengan ritual ibadahnya saja.

Bagaimana pula dengan lainnya? Dan saya bakal ketawa geli hati bila mana orang memanggil ini negara Islam sedangkan seumur hidup saya tidak melihat islamnya.

Pergilah ke mana-mana kompleks membeli-belah terkemuka. Saya kadang-kadang terasa pelik. Seolah-olah saya berasa di bumi yang sungguh asing. Iklan yang terpampang langsung tidak menunjukkan pendirian negara ini; Oh, ya negara islam contoh. Sedang kebanyakan manusia yang menjadi isinya memilih untuk menjadi manusia yang biasa-biasa sahaja. Biasa dan sederhana dalam pengertian mereka sebagai seorang Islam. Oh, kalau dulu mungkin dilihat manusia yang biasa ialah mereka yang mematuhi semua rukun islam dan tidak nampak extreme dengan pakaian mereka.

Tapi itu definisi biasa pada manusia yang biasa pada masa zaman saya. Definisi yang dicipta oleh manusia akan berubah mengikut selera mereka. Kini, orang Islam dalam kategori biasa mungkin seperti ini pula:

-Solat. Tapi tidak cukup 5 waktu pun tak mengapa, janji solat.

-Berpacaran. Berpegangan adalah biasa, jika tidak itu alim.

-Bertudung. Dengan erti kata rambut atau sebahagian rambut itu tertutup. Tapi ya, hanya rambut, bahagian lain tidak termasuk syarat utama.

- dan senarai ini berterusan mengikut kehendak sendiri....


Kalau inilah definisi manusia yang ‘biasa-biasa sahaja’ pada masa sekarang, bagaimana pula nanti akan datang? Apa lagi ‘biasa-biasa sahaja’ yang akan mereka terjemahkan lagi? Akan makin kurang syaratnya?

Saya bukan mahu tujukan ini kepada sesiapa. Bukan juga mahu bersikap pesimis. Juga bukanlah kerana saya ingin berkata yang saya ini lebih bagus dan mereka tidak.

Adalah penting untuk kita jelaskan bahawa tidak wujud sama sekali definisi Islam dengan cara kita sendiri: Islam yang sekerat-sekerat dengan mengambil apa yang disukai sahaja. Masih ramai orang Islam hari ini yang mengambil cara mudah dengan memilih untuk berada di jalan tengah yang sememangnya tidak wujud sama sekali. Betapa ramainya lagi orang Islam dalam masyarakat kita yang masih kabur dengan memilih untuk menjadi orang Islam yang biasa-biasa ini? Mereka ingin menjadi orang biasa yang ingin mengambil Islam secara sederhana. Orang-orang yang mungkin juga berubah-ubah definisi mereka terhadap definisi 'sederhana' itu sendiri. Apakah maksudnya sederhana itu dengan memakai tudung sekerat cuma? Atau sememangnya definisi sederhana itu kepada mereka ialah dengan tidak mencampur adukkan urusan agama dengan kehidupan lainnya?

Sesiapa pun boleh memilih untuk menjadi orang biasa yang sibuk memikirkan persepsi orang lain terhadap mereka. Mungkin dengan memilih untuk menjadi orang yang biasa-biasa itu akan kelihatan lebih mesra dan mudah didekati oleh semua golongan. Boleh jadi juga manusia yang biasa-biasa ini ialah diri ini yang mungkin masih terlekat lagi jahiliyahnya kerana tidak mahu dilihat aneh oleh orang biasa-biasa yang lainnya.

Jika begitu, perlu saya mengingatkan diri ini bahawa Islam itu datang untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan total kepada Allah semata-mata. Andai kita masih melihat diri dari kaca mata manusia sahaja, apakah sudah lengkap Islam itu pada diri kita? Apakah kita masih ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan aneh dan janggal dalam masyarakat sedangkan itulah hakikat Islam yang sebenar?

Sekarang, saya tidak mahu menjadi orang yang biasa-biasa lagi. Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa ke arah jalan yang Benar, jalan yang Haq, Jalan yang Putih, Jalan yang ke Syurga pastinya. Saya mahu berada di jalan Al-Haq, bukan lagi al-Hawa’. Saya tidak mahu lagi pilih jalan kelabu yang keliru itu. Saya harap kamu juga tidak begitu. Jadi kita boleh sama-sama mengikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa kamu di syurga, mahukah kamu?

Oh ya, jangan lupa juga bawa mereka yang berada di sekeliling kamu..saya pasti mereka juga mahu ke sana. Cuma, mereka mungkin keliru dalam memilih jalannya.



Saya teringin untuk mendengar Tuhan memanggil kita semua kelak apabila sampai di sana...

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU"

(89: 27-30)

Mari!

---------------------------------------------------------------------------------

saya suka cerita kt atas ni wlpn ia bukan citer cinta yang punya madah2 indah:-), tapi bila sy bc citer ni sy rasa sy la manusia biasa tu...ah, berubah lah!!

Thursday 9 July 2009

ketularan dech...

sejak WHO declared pandemic alert level bagi H1N1 naik ke fase 6, ramai yang jadi kalut. Risau jika sekiranya diri tertular. Menjadi-jadi kebimbingan bila dengar ada yang meninggal disebabkan virus ni. Macam org lain, saya pon risau jugak. Tapi takpe, disease ni CFR (case fatality rate) dia 0.4% je. Patient yang meninggal tu dah memang ajal dia nak meninggal kan..

Saya baru dapat info, kawan saya terjangkit virus ni. Sekarang dia kat Hospital. Kuarantin. Ktorg tak dapat nk tengok, sebab doktor tak bagi. Bila dengar kawan ni kena, kawan2 saya yang lain pon nak g check jugak, sebab diorg pon ramai yang tak sehat. lagi 'ngetren' kat sini demam, batuk n selesema. Ramai juga dak malaysia yang tak sehat kt kuliah saya. Mak kate jaga kesihatan baik2, jauhkan tempat awam..BAIKLAH!


OFF-1355WIB