Friday 13 November 2009

hiburan untuk hati

Hiburan itu perlu dalam hidup. Untuk hati. Supaya hati tetap tenang. Agar hati tetap bersemangat untuk terus menjadi inspirasi buat hati yang lain. Agar hati tetap teguh berada di jalanNYA. Dengan harapan hati tersebut tidak terus lesu untuk tetap dalam ketaatan kepadaNYA.

Dalam memilih hiburan untuk hati itu yang perlu diperhati. Jangan berlebih dan jangan salah memilih hiburan untuk hati. Kelak hati makin lalai. Makin jauh dari Penciptanya. Nantinya, yang terjadi adalah hati akan semakin lesu, semakin keluh kesah, semakin gelisah. Hati akan 'jatuh sakit'. Padahnya, 'sakit' hati itu akan berjangkit pula pada bahagian2 tubuh yang lain.

Ibarat menambah garam dalam masakan. kurangnya... menjadikan masakan tawar, kelebihan pula...menjadikan kita terdedah pada resiko HPT (sebut hipertension or darah tinggi).

Begitulah dengan hati. Hiburan untuknya tak perlu banyak...sekadar yang perlu...



gambar hiasan

"...ketahuilah, bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati" (HR Bukhari & Muslim)

"..Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang" (13:28)

sekadar renungan...

No comments:

Post a Comment