Sedang memberi ruang untuk diri berfikir sejenak. Mengambil beberapa detik dari waktu yang diberikan untuk menilai kembali kualiti diri sebagai hamba Ilahi.
Sebaris ayat itu aku 'kunyah' dan 'cerna'. Perasaan pertama yang singgah adalah RISAU dan TAKUT. Risau kalau- kalau hati ni sebenarnya dalam tak disedari telah menjadi hamba kepada dunia. Takut seandainya memang selama ini diri menjadi hamba kepada dunia. Kalau macam tu bagaimana aku di hadapanNya nanti??
Ya ALLAH, Bimbinglah aku dan sahabat-sahabatku. Ihdinasshiratol mustaqeem.
Banyak sangat hal yang mengiurkan dalam dunia ni. Kita kejar dan kejar. Kadang- kadang sampai tak larat nak kejar. Lantas kita jadi penat, letih dan lelah. Tapi kepenatan kita itu belum tentu terbayar kalau kita berjaya menangkap apa yang dikejar, sebab, lepas tu ada benda- benda lain lagi yang kita nak kejar.
Keletihan kita belum tentu terubat bila dah dapat apa yang kita nak, sebab lepas tu kita cuba pula untuk mempertahankan apa yang dah kita dapat. Betulkan?
Kelelahan kita belum tentu berbaloi sebab kadang- kadang yang dikejar belum tentu kita miliki. Lantas kerana hal- hal tersebut kita sedih, menangis, frust, kecewa, geram dan macam- macam perasaan lagi yang akan timbul.
Pernahkah kita terfikir sampai bila kita nak hidup macam ni. Selain hidup berkejar-kejaran kepada hal2 yang sebenarnya hanyalah suatu ilusi.
Penat.
Itu je yang terlintas dalam fikiran ni bila sebut pasal dunia. Pernahkah kita fikirkan untuk mengejar sesuatu yang lebih pasti? something yang boleh mengubat dan memadamkan segala keletihan kita di dunia ni?
Cuba kita selak lipatan seerah. Perhatikanlah bagaimana perjuangan Rasulullah, para sahabat, para tabiin dan seterusnya. Perjuangan mereka bermandikan airmata dan darah. Mereka sanggup tinggalkan kemewahan dan kesenangan hidup. Kenapa? Semuanya kerana untuk menegakkan kalimah La ila ha illallah di muka bumi ini. Mereka tidak mengharap pada dunia ni kerana mereka sedar dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan main-main. Redha ALLAH yang mereka cari dan pencarian mereka kepada redha ALLAH itu mereka bayar dengan harga yang mahal.
Kita?
Bagaimana keadaan kita? Adakah yang kita juangkan sekarang kerana ALLAH semata-mata? Atau kita berjuang kerana takut dunia hilang dari tangan kita?
Seandainya ketakutan itu yang kita perjuangkan, maka kitalah hamba kepada dunia ini.
Nauzubillah...sama- samalah kita beringat.
"Didiklah hati untuk tidak jadi hamba pada dunia"

No comments:
Post a Comment