ALLAH memang Maha Pemurah. Hanya saja manusia yang tak tahu, atau kurang sekali bersyukur. Aku dengan sahabat- sahabat yang lain dah dapat result OSCE tadi. Alhamdulillah, lulus. Masing-masing aku tengok mengalirkan air mata gembira, aku pon sama....hem...bagi aku perasaan ni lebih bahagia dari perasaan time dapat result SPM dulu. Terasa setiap detik yang kitorg habiskan untuk mentelaah sama2, berpening kepala sm2 sampai nak muntah dah baca buku, mata pon dah macam pandaa dan entah apa2 lagi benda aneh2 yang berlaku, semuanya berbaloi.
Bila teringat balik time ujian hari tu, rasa2nya macam tak passed je. Mana tak, kat station 4 aku boleh lupa nak tanya nama patient tu, dah nak bagi ubat baru teringt nak tanya nama dia. cet, tu yang paling aku malu sekali. Tapi ALLAH punya kuasa kan....DIA yang nak bagi lulus.
Ya ALLAH, terima kasih...
Tapi...
Ada juga antara kitorg yang nasib tak berapa nak menyebelahi. Aku turut bersedih juga kepada mereka. Takpe, ALLAH yang merancang, dan DIA sebaik- baik perancang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita ni sebagai hamba kena redha dan bersabar atas segala ketentuannya. ALLAH pasti dah sediakan sesuatu yang lebih baik di hadapan sana untuk kalian. Percayalah!
Selepas ni insyaallah, masuk ke clinical pula. Harapan aku semoga langkah kali ini dipermudahkan, supaya lancar sampai ktorg semua GRAD, jadi DOCTOR. AMIN....
sahabat2ku bagaikan 'jigsaw puzzle'
tanpa salah satu dari mereka
hidup jadi tak lengkap
biar bentuknya tak sempurna
namun, aku bahagia
bila mereka ada untuk saling melengkapi
(^____^)
tanpa salah satu dari mereka
hidup jadi tak lengkap
biar bentuknya tak sempurna
namun, aku bahagia
bila mereka ada untuk saling melengkapi
(^____^)
No comments:
Post a Comment