Sunday 27 November 2011

Hari Lahir ke-24

Bismillah

"Salam.Selamat hari jadi Ain. Moga Allah berkatkan usia, ilmu dan penuh bijaksana. Salam sayang dari mak dan abah"
"Selamat hari lahir.
Semoga Allah permudahkan urusannya,
Mengangkat semua masalahnya,
Memperluaskan pintu rezekiNya,
dan menggolongkan kamu dalam kalangan yang memasuki syurgaNya
Amiin."
^^

"My dearie rumet~epi bday..mg pjg umo mrh rzki..cpt2 jdk dote n istri solehah gtu>__<"

"Alamak tidakkkKkkkkkk, maafkan kakanda adik, too busy in Bogor jaga malam, lupa ucap happy birthday, tapi ini masih sempat kot :) miss u sis, have a great one!"



Hari berganti hari
bunga mekar kembang cantik
menghiasi alam menambah ceria
menjentik mesra hati si kumbang

Hari silih berganti
dan kau makin dewasa
hidup tak mudah
itu kau tahu
maka teguhlah
badai di depan besarnya siapa tahu
maka bertahanlah
ujian yang mendatang bakal mengusir semangat
maka bersiap sedialah

Biar semakin bertambah umurmu
maka iman juga biar semakin tebal
Biar masa laju meninggalkan hari semalam
maka ketaqwaan juga biar semakin hebat
Jalani usiamu dengan penuh rasa syukur
Biar ia diberkati
Bukan mengeluh di setiap dugaan
Kerana itu bukan sifat insan yang beriman..


Selamat hari lahir yang ke-24..:))
OFF-

No comments:

Post a Comment