Wednesday, 10 June 2009

cakap tak serupa bikin

selak2 kitab..terjumpa ayat2 ni...

"Hai orang- orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa- apa yang tiada kamu kerjakan." ( Surah Al- Shaff: 2-3)

Dari Abu Zaid Usamah Ibn Haritsah r.a, dia berkata:"Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda": "Akan didatangkan nanti pada hari kiamat seorang laki- laki ia dilemparkan ke dalam neraka maka keluarlah usus-usus perutnya, lalu berputar-putar di dalamnya bagaikan himar yang berputar- putar di sekitar penggilingan. Maka berkerumun ahli neraka kepadanya, mereka berkata: "Hai Fulan mengapa kamu? Bukankah kamu dahulu menganjurkan kebaikan dan melarang dari yang mungkar?" Maka dia menjawab: "Benar aku dulu memerintah yang baik tetapi tidak mengamalkannya dan aku melarang dari yang mungkar tetapi aku melakukannya." [Hadis riwayat Bukhari-Muslim]

gerun...

lemah lutut

pedihnya azab dari ALLAH

manusia yang cakap tak serupa bikin

bersepah

Astaghfirullah...

jadi macam mana nak nasihat org lain, sedangkan diri sendiri pon buat salah jugak?

hmm..

"kita tak boleh tunggu diri sempurna dlu baru nak nasihat org yang buat salah. Kalau macam tu dakwah takkan berjalan la. Manusia mana yang sempurna, manusia mana yang tak pernah buat salah. So, dalam kita menasihati org lain harusnya kita perbaikilah diri kita, k?" -F-

Insyaallah...

2 comments:

  1. Ko slalutak org cakap cermin lah diri kte dulu sebelum tegur orang lain... Camtu kot.. Maksudnye kat sini, kite betolkan diri kite dulu sebelum kite betolkan orang lain.. Pastu kalau orang lain tegur kite jangan kite jd bodoh sombong pulak... Kite kene investigate betol ke diri kite mcam yg org tu tegur?? Ape2 pn yg pentingnya tegur diri sendir dulu.. Selemah2 iman wujudkan lah perasaan benci terhadap kemungkaran yg org lain buat kalau kite x mampu tegur.. Btol x??? Hehehe..

    ReplyDelete
  2. rmai je yg macam tu...kat skola kita pn de kan.
    bg ak la, seorang da'i pn tak terlepas dari lakukan ksalahan...dia juga manusia.
    kita manusia ni kan mmg sering dalam kelupaan, itu lah gunanya org yg menasihat. tyme dia igt dia tegur kita, tyme kita lupa, dia plak yg tegur. amar makruf nahi mungkar kena terus berjalan.
    setiap org mesti jelas akan matlamat dakwah iaitu mengjak org kembali taat pada ALLAH.
    seharusnya kalau org tegur kita, kita bersyukur dong..tandanya ada yang prihatin n syg kt kita.kan?hmm...one more, kita kena byk muhasabah diri,nilai blk diri, mudah2an kita tak jadi salah seorang yg ckp tak serupa bikin..~wallahua'lam..

    ReplyDelete