Monday, 22 June 2009

atur rentak tarianku

Ya ALLAH,
rentak tari hidup ini semakin sulit ku rasa..

sabarkan aku,

bimbing aku,

agar tidak tersadung dalam mengatur langkahku...

supaya tidak pincang gerak tarianku...


Ya ALLAH,
rentak tari hidup ini semakin payah ku kira,

tabahkan aku,

teguhkan aku,

pimpin kaki ku untuk terus mengikut melodi yang mengiringi

supaya tak sewenangnya aku berpaling menuruti melodi ciptaan nafsu sendiri...



OFF-0813WIB

2 comments:

  1. ain. pasal yg awak msg tu, cuba baca yang ni: http://drmaza.com/home/?p=646#more-646

    ReplyDelete