“aku geramlah…!!”, rungut Min kepada sahabatnya Fatimah.
“sabar Min…sabar”, Fatimah cuba mententeramkan hati sahabat baiknya.
“Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah…”
Seperti kisah di atas, kenapa di kalangan kita ada mesti ada manusia- manusia yang tidak menyenangkan hati kita? Kenapa mesti wujud mereka yang suka memancing kemarahan kita?
Kenapa mesti ada mereka?
Kenapa?
Kenapa?
Alangkah bagusnya jika di tengah- tengah kita hanya ada mereka yang menyenangkan jiwa, mereka yang baik- baik sahaja, yang jujur dan ikhlas terhadap kita. Mereka yang sentiasa menyejukkan mata dan perasaan. Alangkah bagusnya…
Tapi…
Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui 2:216
Manusia diuji untuk melihat kualiti imannya.
Banyak cara ALLAH nak menguji kita. Salah satunya dengan menghadirkan insan- insan yang tidak menyenangkan tersebut. Bila berhadapan dengan kerenah mereka, kita ada dua pilihan sama ada untuk menghamburkan kemarahan terhadap mereka ataupun meredamnya dengan bersabar.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” 2:286
Jika mampu bersabar, maka bersabarlah. Jika tidak mampu maka congaklah kemungkinan yang akan terjadi jika kita melampiaskan amarah tersebut. Fikirkanlah berapa banyak perkara buruk dalam dunia ni terjadi disebabkan hanya perasaan marah. Dalam sejarah manusia terawal dulu juga membuktikan bahawa marah itu membawa natijah pertumpahan darah saudara sendiri. Doakanlah mereka yang sering menyalakan marah kita supaya mereka sedar akan kekhilafan mereka.
Didiklah sabar…kerana sabar itu awalnya pahit dihujungnya manis…
No comments:
Post a Comment