Sunday, 3 January 2010

apa yang kau fikirkan

Sedang duduk

Sambil berfikir

Berfikir

Berfikir

Berfikir

Berfikir

Hurm...

Banyak yang dah berlaku since setahun kebelakangan ni. Satu episode demi episode kehidupan aku lewati. Satu- persatu kejahilan diri tersingkap. Ingatkan diri ni dah ok dah, dah cukup baik. ingatkan dah banyak ilmu, dah tau semua benda, ingatkan amalan selama ni dah cukup. Ingatkan dah jadi hamba yang cukup taat di hadapanNya. Hidup penuh prasangka je rupanya selama ni.

Ya ALLAH, kenapa terlalu lambat aku temukan 'cahaya' itu...??

Aku tak nak kembali ke arah tu lagi. Tak nak kembali ke zaman jahiliyyah tu. Aku taknak jadi manusia yang hanya menganggap agama cukup sekadar menunaikan rukun Islam tu, agama hanya dipakai bila nak buka n tangguhkan majlis dan bila nak cari makanan halal je. Taknak jadi islam yang mengambil Islamnya setengah-setengah. Taknak...taknak...

"wahai orang- orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.." [2:208]


Ya ALLAH...ampunkan kejahilan diri...

Banyaknya tanggungjawab dan hak yang belum aku penuhi sebagai hambaMu dan khalifah di muka bumi ni. Banyaknya rehatku berbanding berkerja keras untuk agamaMu. Sungguh aku hamba yang tidak berterima kasih!

Ya ALLAH...kenapa baru kini aku tersedar akan semua ni??

Siapa yang patut aku persalahkan?ohoho...aku sendiri yang salah, sebab tak mencari kebenaran tu. Berseronok dengan hal2 yang menyeronokkan sampai lupa dan dilupakan. Jadi manusia lalai. Jeleknya jadi manusia lalai. Taknak...taknak jadi manusia lalai..



Dah la...tak guna cakap banyak-banyak. Berubah! dan lakukan perubahan!

No comments:

Post a Comment