Thursday, 30 June 2011

ok




Kamu harus lebih professional dan percaya diri!


ok, Doc!



Mutiara kata 2

Bismillah

"Aku perlukan kamu..."

"Kamu bisa sendiri tanpa aku."

"Kamu harus bantu aku, aku tak kuat menghadapinya sendiri."

"Kamu kuat...kamu ada Allah. Pelindungmu."

"Godaannya sangat kuat sahabat, aku beberapa kali tersungkur dikaki nafsu sendiri."

"Cubalah...kuatkan hatimu, jangan kau ikut kata nafsumu, biar imanmu yang menggerakkan langkahmu. Katamu ingin jadi mujahidah solehah. Maka, kau harus bangkit melawan nafsumu sendiri. Orang mukmin takkan biarkan dirinya jatuh ke dalam 'jurang' yang sama dua kali."




"Dan jika setan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (membaca a'uzubillahi minasy-syaitaanir-rajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang- orang yang BERTAQWA apabila mereka dibayang- bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan- kesalahannya)."[Al-A'raf:200-201]

Tuesday, 28 June 2011

Inikah hikmah redha

Bismillah...

Kejadian ni baru saja terjadi. Masih panas ceritanya.

Jam 2010 WIB:
Hujan di luar masih belum berhenti. Dari pagi langit Sukabumi ini menangis. Rahmat Tuhan turun bersama kesejukan yang membawa kedamaian. Tiba2 handset aku berbunyi. Message dari junior aku. Baizura.

"Salam. Kak ain, dah makan??"

"Not yet. Np??"

Bai nak ajak aku g makan rupanya. Makan tomyam.

"Ok, tapi akak nak solat dlu. Hehehe..."

Sehabis solat aku pun bersiap-siaplah.

2030WIB
"Bai, jom. Akk dah kat bawah ni.."

"Ok, ktorg pkai tdung dlu eh"

Aku pun tunggu la. Ditemani hujan renyai- renyai. Sejuknya amatlah terasa. Memang dah asalnya kalau tak hujan pun sejuk. Sedap kalau tidur. Sweater yang aku pakai masih tidak dapat memberi kehangatan. Hari tu dah survey2 dah sweater baru. Satu pun takde yang berkenan.

5 menit kemudian...mereka pun muncul.

"Ai, satu payung je...?" Tanya aku. Boleh je diorg ni kongsi payung hujan2 begini.

"Aah...payung satu lagi Aan bawa." kata Jiha.

Whatever lah...

"Kak Ain, kita nak makan tomyam kat mana??" Bai tanya

"Kita g Tiara je lah. Hehhe..." Cepat je aku buat decision. Tadi ingat nak pergi Selamat kat belakang tu je. Tiara itu adalah Mall, depannya ada kedai Tomyam dan Tongseng. Tempatnya agak jauh berbanding Selamat. Kena naik angkut. Rp2000 sekali jalan/person. Selamat tu ada kat belakang rumah je. Tapi kena jalan la sket.

Then ktorg pun naik lah angkut.

"Kang (panggilan utk lelaki Sunda), ke Tiara ga??"

Kang tu buat muka konpius. Sebenarnya angkut ni tidaklah lalu depan Tiara, tapi ktorg buat polos je tanya gitu. Selalunya kalau takde penumpang, supir tu akan bawa je ke tempat yang kita nak pergi. Ok, kang tu bersetuju. Jalan.....

2050WIB
Sampai di Tiara. Setelah bayar, ktorg pun menapaklah pergi ke stall jual pisang coklat. Pisang coklat kalau makan time sejuk2 macam ni sedap sungguh agaknya. Bai pesan paket yang Rp10,000. Isinya ada 4 kalau tak salah.

"Dipotong ya Kang." Biar senang makan maksudnya. Pisang coklat ni adalah pisang yang dibalut dengan tepung (agaknya) kemudian ada coklat cair dalamnya. Dan digoreng. Rangup dan sedap!!!

Tak sampai 10 menit siaplah ktorg punya pesanan. Bai bayar. Aku tak hengat pulak nak bayar kan....hehe...Nanti2 lah aku fikir, topup dengan duit satgi makan.

Ok, then ktorg pun lintas jalan untuk ke kedai Tomyam dan Tongseng. Hujan masih juga belum berhenti. Sampai di muka pintu kedai aku agak ragu2 jugak nak masuk. "Masih buka ke kedai ni" hati aku bertanya sendiri.

"Udah mau tutup teh (@teteh=panggilan perempuan dalam Sunda)..." Kata Kang yang menjaga kedai sambil sengeh- sengeh.

Adehhhhh!!!!!!Cape dehhh.....!!

"Penat kita datang jauh- jauh Kak Ain..."

"Haha...sudahlah....takpe..."

"Kita g makan seafood sebelah surabi je lah, nak??" Bai mensuggestkan.

"Ok, jom!"

Ktorg pun berjalanlah lagi dalam hujan renyai-renyai. Sejuk makin terasa. Macam nak pkai baju musim sejuk je rasa. Kaki dah basah dah kena air hujan.

Sampai di kedai seafood rasa pelik pulak. Sepi je. "Dah tutup jugak ke?" Nampak barang2 masak macam dah kemas. Bai pun tanya lah org punya kedai, ternyata masih buka. Aku pun pesan lah makanan, sementara Bai dengan Jiha pesan surabi kat kedai sebelah tu.

Menu: Ikan Kakap masak masam manis, Cumi (sotong) masak lada hitam dan masam manis, Cah Kangkung belacan. Minum, aku teh botol, Jiha teh tawar, Bai es teh manis

Simple je.

Aku meraba poket seluar hitam yang aku pakai. Tiba-tiba jantung aku rasa dup-dap dup-dap yang sangat kencang. Aku raba pulak sweater yang aku pkai.

TAKDE!!!!yang aku cari TAKDE!!

Handphone aku. Aku taruk dalam beg kecil warna ungu. Dalam tu ade kad bank, duit, pen drive n apetah lagi....takde kt aku beg tu.

Aku telan air liur, Ligat kepala aku berfikir kali terakhir aku pegang beg tu.

Pikir punya pikir.......BLANK. Seriously aku tak ingat. Tapi terakhir aku pegang dalam angkut, waktu cari2 syiling nak bayar duit angkut.

Aku bgtau Bai, Bai suruh aku ingat kat mana last aku pegang. Dia kata mungkin kat dalam angkut or kat tempat stall pisang coklat tu. Ok, ktorg pun pergilah balik ke stall pisang coklat tu. Sepanjang perjalanan ke situ, aku istighfar je. Mungkin terkejut, mungkin pasrah, aku tidak tahu ape perasaan itu. "Inikah perasaan bila kita kehilangan????" Hatiku berbicara sendiri. "Aku redha ya Allah kalau beg aku tu takde kat situ" bermonolog sendiri.

Sampai kat stall tu, Bai tolong tanyakan. Aku tak sanggup nak tanya. Hasilnya:negatif. Orang tu tak nampak barang yang aku cari. Telan air liur aku lagi sekali.

Astaghfirullah....astaghfirullah...astaghfirullah....

Sekejap je benda yang kita sayang Allah nak tarik kan?

Aku dan Bai pun berjalan lah kembali ke kedai seafood. Sepanjang jalan tu, aku cakap dengan Bai aku betul2 tak ingat mana tinggalkan beg tu. Bai yakin aku tertinggal dalam angkut. Sudah. Istighfar je lah aku mampu sebut. Debar hati masih terasa. Aku rasa Allah nak mengajar aku erti redha. Semuanya Dia punya kuasa nak ambil nikmat yang Dia berikan. Mungkin karena fikirkan hal itu aku tidak jadi gaduh gelisah. Tak nangis. Cuma aku risaukan ada kad bank dalam tu dan pin number cimb click yang baru aku bt semalam. Pasal handset tu...aku bayangkan aku tak tepon mak abah selama beberapa kurun waktu sampai aku ada duit yang cukup untuk beli handset baru. :((

Aku minta tolong Bai bbm (Blackberry Messenger) Syida suruh telefon handset aku. Kot2 lah masih berbunyi. Hasil: positif. Masih bernafas handset aku. Aku masih berdebar. Aku berdoa dalam hati semoga Tuhan jumpakan handset aku dengan orang yang amanah. Selebihnya aku redha. Kalau ada rezeki aku bertemu kembali dengan handset aku, ada lah....

10menit kemudian..
Entah kali ke berapa Syida telefon baru ada yang angkat. Dia cakap org yang jawab tu kata nak hantar ke Jalan Koperasi (tempat bilik sewa ktorg). Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terasa ada semilir halus dalam hati yang menghembus. Perasaan apakah itu?? Bahagianya tak terkata. Tak dapat nak digambarkan. Aku terasa mata aku bergenang. "Ya Allah, inikah kasih sayangMu pada hamba yang banyak dosa ini???!!" Jujurnya org tu....

Syida yang jumpa dengan orang tu sebab aku masih di kedai seafood. Aku titipkan not berwarna biru ke hamba Allah yang jujur itu. Tanda kesyukuran. Mudahkanlah jalan hidupnya ya ALLAH. Lapang tekak aku makan ikan kakap dan cumi. Syukur sangat2.

Macam tak percaya aku boleh bertemu lagi dengan handset aku. Dalam dunia sekarang ni masih ada rupanya orang yang jujur. Ya Allah....semuanya atas kuasaMU...Alangkah lemahnya hambaMu ini. Kau tarik sesaat nikmat yang Kau berikan, lantas mengembalikannya...itu suatu ujian buat diri ini ya ALLAH...

Ampunkan diriku karena telah banyak berdosa, namun kasih sayangMu tidak pernah sirna...

Subhanallah....

Monday, 27 June 2011

Pterigium

Bismillah



Baru balik dari Hospital. Hari ni tak masuk poli pun. Main-main kat OK@ Operation Room. Ada operation ekstirpasi pterigium. Bukan jelas sangat pun tengok. Doktor pakai microscope nak bedah buang benda tu.

Aku sekarang posting di bahagian Ophthalmology. Belajar tentang mata yang dua biji ni. Walaupun ia kecil, namun, penyakitnya sangatlah banyak. Tiap lapisan ada saja penyakitnya. PENING aku belajar. Tapi takpe, menarik sih.

Pterigium adalah penyakit degeneratif jaringan fibrovaskular. Itu definisi secara medis. Mudahnya, ia adalah selaput yang mengenai mata. Bahasa melayu yang betul aku tidaklah pasti apa. Pterigium ni bentuknya segitiga yang timbul pada bagian mata yang dekat dengan hidung. Selaput ni boleh merebak ke kornea sehingga mengganggu penglihatan. Bila dah sampai tahap ni lah ia disarankan untuk dibuang @ dioperate.


selaput yang putih kekuningan ni disebut pterigium

Kelainan ni biasa aku jumpa di poli mata. Kalau sebelum umur 40 tahun, pertumbuhan pterigium ni selalunya akan berulang walaupun sudah dibuang. Secara pasti, etiologi/penyebab ia terjadi tidak diketahui namun ia diduga terjadi akibat dari paparan cahaya matahari, angin, dan debu.

Hmm..macam berminat je nak jd ophthalmologist bila posting kt bagian ni. Taklah busy sangat nampaknya, boleh concerntrate lebih kat keluarga berbanding bidang2 lainnya. Takpe, itu nanti difikirkan lagi...



Mutiara kata

Bismillah



Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Sunday, 26 June 2011

Words for today

Bismillah..

Words for today:

Learn from every mistake, be the best that you can be



Kita manusia tak lari dari melakukan kesalahan. Khilafnya banyak sekali. Dari situlah kita belajar untuk jadi manusia yang lebih baik. Insyaallah. Tiap kali melakukan kesalahan, balik semula kepada Allah, TAUBAT. Allah Maha Menerima taubat hamba2Nya walaupun banyak dosanya seperti buih-buih di lautan.

Saturday, 25 June 2011

Ujian itu tarbiyyah

Bismillah...

Berhabuk dah blog ni. Lama tak Menulis. Biasalah. Menunding jari pada kesibukan untuk dijadikan alasan.

Macam- macam perkara jadi dalam waktu kurang dari setahun ni. Hari- hari yang berlalu penuh dengan pelajaran. Pelajaran untuk menjadi manusia berguna. Pelajaran yang menjadi hamba Tuhan yang taat.

Ujian itu tarbiyyah

Yup..setiap ujian yang menimpa diri kita merupakan tarbiyyah dari Allah Subhanaallah Taala. Semua orang dah tahu rasanya. Ujian itu Allah turunkan dalam pelbagai bentuk. Selevel dengan iman dan kesanggupan diri kita. Tak lebih. Allah tidak pernah menzalimi kita dengan ujian yang ditimpakanNya ke atas kita. Tidak pernah! Pastinya apa saja bentuk ujian itu, susah, sedih, kecewa malah kesenangan, Allah mahu kita semakin dekat padaNya, Allah mahu kita raja' (kembali) padaNya. Kembali berharap, kembali menjadikan Dia sebagai tempat bersandar, supaya kita tetap tunduk sebagai hambaNya. Sebenarnya Allah nak bagi syurga kepada kita pada akhirnya. Percayalah.



Dalam suatu satu surah Allah ada berfirman:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [Al-Ankabut: 2- 3]

Allah nak uji iman kita. Betul ke kita benar- benar beriman kepada Dia, atau sekadar manis di mulut saja.

Sepanjang perjalanan sebagai seorang koas @ budak praktikal ni, hari -hari yang dilalui tak lepas dari dugaan. Dan selalu lemah menghadapinya. Masakan tidak, dulu waktu sekolah tidak merasa susahnya jadi seorang dewasa. Sekarang, semuanya kena mandiri (independent). Sudahlah mak abah jauh. Belum lagi kerenah member2 satu stase (posting). Ada yang pemalas, ada yang suka back-stabbing, ada yang suka menyusahkan. Mual rasanya dengan ragam manusia2 itu. Sedih juga bila kebanyakan dari stase aku sendirian Melayu. Kerenah doktor2 macam- macam pula. Nak tu lah, nak ni lah. Sulit benar dibuatnya kita untuk dapat ilmu dari dia [Ilmu milik Allah]. Plus culture shock yang menyerang bertubi- tubi. Orang bukan muhrim menghulur untuk berjabat tangan, kena cuit2 dengan orang2 yang tidak sepatutnya. Diajak ke karaoke, berenang, ke billiard ke cinema. Ah, semua itu benar2 menggoyahkan pertahanan dan prinsip diri.

Kadang memang bertanya- tanya kenapa...kenapa...kenapa....kenapa aku diuji sebegini? and those 'whys' meleret2 hingga letih sendiri mencari jawapannya. Sebenarnya bukan tidak tahu kenapa, kadang hati yang tidak mahu menerima. Ujian itu tarbiyyah. Ujian itu untuk menguji. So simple.

Jalan Keluar Ujian

Memetik sebaris ayat Al- Quran dalam surah Al- Baqarah ayat 155

" Dan Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang- orang yang sabar.."

' Wahai orang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang- orang yang sabar." [2:153]

Sabar dan solat. Ringkas saja perintahNya. Tapi kita ni sering lupa untuk melakukannya. Dah banyak artikel dan cerita- cerita pasal dugaan dan pentingnya kesabaran untuk menghadapinya. Memang itulah hidup. Hidup kita sebagai hamba Allah ni memang setiap waktu adalah ujian. Kita ni kan hambaNya. Hidup di atas bumiNya, dan tujuan kita adalah DIA. Layaklah kita diuji supaya ketahuan kita ni benar2 hamba yang beriman kepadaNya atau tidak. Maka, hujung2nya sabarlah, dan solat.

Dalam solat kita berdoa supaya Allah mudahkan kita untuk menjalani hari2 yang 'berat', beri kita kekuatan untuk tetap teguh mencapai tujuan hidup kita, minta Allah tunjukkan jalan keluar dari masalah kita. Mengadulah semuanya pada Allah sebab Allah itu Maha Mendengar. Kalau kita nak harapkan kawan- kawan kita, mereka juga ada masalah masing. Mereka juga kadang tak sempat nak layan kita. Tapi Allah dan kata, Dia ada bersama- sama kita setiap masa, bagi yang ingat kepadanya.

Ujian itu untuk menguji

Allah nak jadikan kita kuat dan tabah dengan ujiannya. Allah juga nak uji kebenaran kata- kata kita dalam ujian yang ditimpakannya.

"Wahai orang- orang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa- apa yangt tidak kamu kerjakan. [As-Saf: 2-3]

Sebelum- sebelum ni, kita pandai cakap tentang hukum ni dan hukum tu. Nah sekarang saatnya teori itu dipraktikkan. Benarlah, apa yang kita pernah ucapkan akan Tuhan uji kebenaran kata- kata kita dalam ujian2 yang di timpakan. Bagi aku, kebanyakkan darinya aku telah gagal mempertahankannya. Ya Allah, aku mohon keampunan yang sebesar-besarnya atas khilafku... Berikan aku waktu untuk aku berubah, menjadi hambaMu yang taat dan soleh...AMIN...