Monday 10 October 2011

Kerana aku mengasihimu

Bismillah

Hari ini hari yang memenatkan.
Tadi baca novel. Tajuknya Padang Bulan. Ia bercerita tentang seorang anak perempuan yang berusaha keras, mengerah kudrat yang tak seberapa demi menyara hidup keluarganya. Ya...ibunya serta 3 orang adiknya. Entah kenapa aku terasa begitu sayu membaca kisahnya, walaupun hanyalah rekaan manusia, tapi aku merefleksi kembali kepada diri sendiri.

Aku, tiada jasa pada keluarga. Hanya tahu minta itu dan ini, dan ia hampir selalu dipenuhi. Ah, harga kasih sayang itu tak mampu dibeli! Mak dan abah, hari tu aku telah membuat sesuatu yang mengundang hiba di hati mereka..mungkin. Aku salah, tapi kata maaf itu terlalu susah untuk diungkapkan. Aku harap salam aku waktu berpisah sebelum balik ke Jakarta kelmarin mampu menghapus dosaku. Mereka, tetap saja tenang. Kadang aku berfikir, mengapa begitu susah menjaga 2 keping hati itu? Kedua hati itu terlalu tabah meladeni kerenah anak-anaknya, seorang ke seorang. Bila memikirkan mereka, hati ni sayu, terutama semenjak dua menjak ni. Entahlah, mungkin kerana usia beranjak dewasa atau hati ini telah lunak kerana doa2 yang mereka berdua hadiahkan saban hari...

Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa abah dan mak, sayangilah mereka seperti mana mereka meyayangiku semenjak aku kecil. Mudahkan urusan2 mereka, lindungi mereka di dalam rahmat dan kasih sayangMu...AMIN.

Hati ini mahu menangis sebenarnya..kerana aku mengasihimu mak n abah...

OFF-2337WIB

No comments:

Post a Comment