Thursday, 7 June 2012

sabarkan aku

Langit memancarkan warna jingganya tatkala aku sedang memandu pulang dari hospital. Tenangnya  alam di waktu senja tadi sedikit sebanyak meredakan rasa yang pelbagai perisa dalam diri. Aku mencari di mana kekuatan diri. Membentuk diri menjadi doktor berperibadi tinggi bukan sedikit usahanya. Bukan main2. Bukan mudah. Berdepan dengan kerenah pesakit yang pelbagai dan beban kerja yg banyak kadang2 membuat ikhlas itu pudar. Astaghfirullah....

Aku selalu memohon pada Tuhan agar hati yang sekeping ini bertahan dan tetap kukuh untuk menata hari2 yang penuh mcabar....semoga Allah berkati tiap langkahku dan luruskan niatku...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment