Sunday, 12 July 2009

futur

sementara menunggu azan isyak. hari kedua cuti. apa nak buat dapat 'MC' lame2? tak produktif lah duduk sj macam ni. nak marathon dvd..ah, tak mendatangkan hasil. nak g jalan2...tade moOd. nak g usrah...nak2...tp...hu...

capai nset...

"slm. fin, apa kbr?
dah solat?

nk minta bg ayat2 cinta sket bley...?

rasa kurang kuat plak hati ni"


"slm. alhmdulillah sht.
da solat. em, nape ni?"


"xde..rs mcm dh lame tak dgr tzkrah...
hu...rs kering gak hati ni.."


"okey nnt org anta"


sesaat kemudian.

"Untungnya org mukmin, semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. Bukan namanya perjuangan tanpa kesulitan, namun di sebaliknya ada ketenangan..yg pasti kita tak keseorangan..ALLAH tetap bersama kita"

"Hamba & khalifah yang diredhai, itulah tujuan kita. Biarpun berat pundak memikul, biarpun sejuta ujian melanda, biarpun susah menjadi peneman, namun yakinlah ALLAH sentiasa di samping kita. DIA lah sumber kegagahan. Semoga sentiasa bersemangat! Teruslah berlari, tapi jangan pernah melarikan diri.."


hu..jangan pernah melarikan diri. pap! rs macam tkena batang hidung..okey..BAIKLAH..

satu lagi message masuk.

"Ketika org lain menggantung harap pada dunia, gantunglah harapanmu hanya pd ALLAH. Ketika org lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana ALLAH. Ketika org lain merasa bahagia dengan kekasih mereka, jadikanlah dirimu merasa bahagia dengan ALLAH...dan ketika org2 pergi mengadap raja dan pembesar2 utk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul2 mencintai ALLAH- Ibnu Qaiyyim-"

masuk lagi satu.

"Biarlah ALLAh saja yang menyemangati kita, sehingga tanpa sedar setiap peristiwa menjadi teguran atas kelalaian kita. Cukuplah ALLAH saja yang memelihara kita, kerana perhatian manusia kadang menghanyutkan keikhlasan. Semoga kita menjadi peribadi yang bermakna, yang saat bergaul mampu menyemangati org lain dan saat sendiri mampu menguatkan diri sendiri. Selamat bermujahadah!!

i just smile baca message yang terakhir. Rasa futur berlalu pelan2...

azan isyak berkumandang di segenap penjuru kota.

"hehe...syukran..nk g solat isyak ni"

lama sgt rasanya hidup menjauh dari daurah, usrah apatahlagi ukhuwah yang penuh mawaddah. ya ALLAH, kurniakan aku seorang sahabat yang dapat memimpinku ke jalan yang Kau redhai...amin.

"my pleasure"

No comments:

Post a Comment