Tuesday, 19 July 2011

Khutbah terakhir Rasullulah S.A.W


"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)


Saturday, 9 July 2011

Monday, 4 July 2011

Just do it

::Don't be afraid to do something just because you're scared of what people are gonna say about you::

::Comparing yourself with other will not help u to be better at all. Just be thankful & do the best u can do::


-Anonymous-

Sunday, 3 July 2011

Bumi Cinta

"Pasti Muslim."
"Benar."
"Ternyata, banyak sekali penganut agama primitif itu." Desis Linor dengan nada mencela. Kata-kata Linor membuat Ayyas tersentak bagai kalajengking.

---
Yelena sampai di apartemen, ketika Ayyas sedang shalat. Suara Ayyas membaca Al-Quran ketika shalat terdengar jelas. Yelena agak tersentak. Yang dibaca Ayyas itu pernah ia dengar, pernah begitu akrab dalam telinganya bertahun-tahun yang lalu. Ia teringat bagaimana ia pernah rukuk dan sujud.

---
Azan berkumandang. Panggilan cinta dari Allah. Begitu sejuk, begitu merdu. Ayyas meneteskan airmata. Setelah berhari-hari di Moscow, baru kali ini ia mendengar suara azan. Dan baru kali ini ia akan shalat jemaah di masjid.

---
Hadiah nobel harus digunakan untuk kepentingan Yahudi. Dengan semakin banyaknya orang Yahudi yang menerima nobel, maka dunia akan semakin percaya bahwa manusia yang otaknya paling cerdas adalah orang Yahudi. Dengan itu, klaim bahwa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan adalah sah.

---
" Saya telah berjanji hanya untuk mencintai perempuan yang menjadi isteri saya. Siapa pun dia. Kalau ternyata yang mencintai saya adalah gadis itu, maka dialah orang yang akan saya limpahi segenap cinta dan kasih sayang yang saya miliki."

Hati Doktor Anastasia Palazzo bergetar mendengar ucapan Ayyas. Belum pernah ia mendengar kalimat yang sedemikian ksatria dari seorang pemuda manapun sebelumnya. Tiba-tiba ia ingin menjadi perempuan yang mendapat kemuliaan cinta dari seorang lelaki yang begitu menjaga cintanya seperti Ayyas.

---
Angin semilir musim semi berhembus mengiringi kepergian Sofia meninggalkan dorm tua itu. Sofia melangkah dengan wajah cerah dan hati bertasbih kepada Allah. Ia berharap Allah mempertemukan dengan orang yang didambanya di bumi cinta. Bumi yang didalamnya kalimat Allah dijunjung tinggi dan hati-hati manusia diikat oleh tali tauhid yang indah menyejukkan.

Novel Bumi CInta
by Habiburrahman El-Syirazi

Thursday, 30 June 2011

ok




Kamu harus lebih professional dan percaya diri!


ok, Doc!



Mutiara kata 2

Bismillah

"Aku perlukan kamu..."

"Kamu bisa sendiri tanpa aku."

"Kamu harus bantu aku, aku tak kuat menghadapinya sendiri."

"Kamu kuat...kamu ada Allah. Pelindungmu."

"Godaannya sangat kuat sahabat, aku beberapa kali tersungkur dikaki nafsu sendiri."

"Cubalah...kuatkan hatimu, jangan kau ikut kata nafsumu, biar imanmu yang menggerakkan langkahmu. Katamu ingin jadi mujahidah solehah. Maka, kau harus bangkit melawan nafsumu sendiri. Orang mukmin takkan biarkan dirinya jatuh ke dalam 'jurang' yang sama dua kali."




"Dan jika setan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (membaca a'uzubillahi minasy-syaitaanir-rajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang- orang yang BERTAQWA apabila mereka dibayang- bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan- kesalahannya)."[Al-A'raf:200-201]

Tuesday, 28 June 2011

Inikah hikmah redha

Bismillah...

Kejadian ni baru saja terjadi. Masih panas ceritanya.

Jam 2010 WIB:
Hujan di luar masih belum berhenti. Dari pagi langit Sukabumi ini menangis. Rahmat Tuhan turun bersama kesejukan yang membawa kedamaian. Tiba2 handset aku berbunyi. Message dari junior aku. Baizura.

"Salam. Kak ain, dah makan??"

"Not yet. Np??"

Bai nak ajak aku g makan rupanya. Makan tomyam.

"Ok, tapi akak nak solat dlu. Hehehe..."

Sehabis solat aku pun bersiap-siaplah.

2030WIB
"Bai, jom. Akk dah kat bawah ni.."

"Ok, ktorg pkai tdung dlu eh"

Aku pun tunggu la. Ditemani hujan renyai- renyai. Sejuknya amatlah terasa. Memang dah asalnya kalau tak hujan pun sejuk. Sedap kalau tidur. Sweater yang aku pakai masih tidak dapat memberi kehangatan. Hari tu dah survey2 dah sweater baru. Satu pun takde yang berkenan.

5 menit kemudian...mereka pun muncul.

"Ai, satu payung je...?" Tanya aku. Boleh je diorg ni kongsi payung hujan2 begini.

"Aah...payung satu lagi Aan bawa." kata Jiha.

Whatever lah...

"Kak Ain, kita nak makan tomyam kat mana??" Bai tanya

"Kita g Tiara je lah. Hehhe..." Cepat je aku buat decision. Tadi ingat nak pergi Selamat kat belakang tu je. Tiara itu adalah Mall, depannya ada kedai Tomyam dan Tongseng. Tempatnya agak jauh berbanding Selamat. Kena naik angkut. Rp2000 sekali jalan/person. Selamat tu ada kat belakang rumah je. Tapi kena jalan la sket.

Then ktorg pun naik lah angkut.

"Kang (panggilan utk lelaki Sunda), ke Tiara ga??"

Kang tu buat muka konpius. Sebenarnya angkut ni tidaklah lalu depan Tiara, tapi ktorg buat polos je tanya gitu. Selalunya kalau takde penumpang, supir tu akan bawa je ke tempat yang kita nak pergi. Ok, kang tu bersetuju. Jalan.....

2050WIB
Sampai di Tiara. Setelah bayar, ktorg pun menapaklah pergi ke stall jual pisang coklat. Pisang coklat kalau makan time sejuk2 macam ni sedap sungguh agaknya. Bai pesan paket yang Rp10,000. Isinya ada 4 kalau tak salah.

"Dipotong ya Kang." Biar senang makan maksudnya. Pisang coklat ni adalah pisang yang dibalut dengan tepung (agaknya) kemudian ada coklat cair dalamnya. Dan digoreng. Rangup dan sedap!!!

Tak sampai 10 menit siaplah ktorg punya pesanan. Bai bayar. Aku tak hengat pulak nak bayar kan....hehe...Nanti2 lah aku fikir, topup dengan duit satgi makan.

Ok, then ktorg pun lintas jalan untuk ke kedai Tomyam dan Tongseng. Hujan masih juga belum berhenti. Sampai di muka pintu kedai aku agak ragu2 jugak nak masuk. "Masih buka ke kedai ni" hati aku bertanya sendiri.

"Udah mau tutup teh (@teteh=panggilan perempuan dalam Sunda)..." Kata Kang yang menjaga kedai sambil sengeh- sengeh.

Adehhhhh!!!!!!Cape dehhh.....!!

"Penat kita datang jauh- jauh Kak Ain..."

"Haha...sudahlah....takpe..."

"Kita g makan seafood sebelah surabi je lah, nak??" Bai mensuggestkan.

"Ok, jom!"

Ktorg pun berjalanlah lagi dalam hujan renyai-renyai. Sejuk makin terasa. Macam nak pkai baju musim sejuk je rasa. Kaki dah basah dah kena air hujan.

Sampai di kedai seafood rasa pelik pulak. Sepi je. "Dah tutup jugak ke?" Nampak barang2 masak macam dah kemas. Bai pun tanya lah org punya kedai, ternyata masih buka. Aku pun pesan lah makanan, sementara Bai dengan Jiha pesan surabi kat kedai sebelah tu.

Menu: Ikan Kakap masak masam manis, Cumi (sotong) masak lada hitam dan masam manis, Cah Kangkung belacan. Minum, aku teh botol, Jiha teh tawar, Bai es teh manis

Simple je.

Aku meraba poket seluar hitam yang aku pakai. Tiba-tiba jantung aku rasa dup-dap dup-dap yang sangat kencang. Aku raba pulak sweater yang aku pkai.

TAKDE!!!!yang aku cari TAKDE!!

Handphone aku. Aku taruk dalam beg kecil warna ungu. Dalam tu ade kad bank, duit, pen drive n apetah lagi....takde kt aku beg tu.

Aku telan air liur, Ligat kepala aku berfikir kali terakhir aku pegang beg tu.

Pikir punya pikir.......BLANK. Seriously aku tak ingat. Tapi terakhir aku pegang dalam angkut, waktu cari2 syiling nak bayar duit angkut.

Aku bgtau Bai, Bai suruh aku ingat kat mana last aku pegang. Dia kata mungkin kat dalam angkut or kat tempat stall pisang coklat tu. Ok, ktorg pun pergilah balik ke stall pisang coklat tu. Sepanjang perjalanan ke situ, aku istighfar je. Mungkin terkejut, mungkin pasrah, aku tidak tahu ape perasaan itu. "Inikah perasaan bila kita kehilangan????" Hatiku berbicara sendiri. "Aku redha ya Allah kalau beg aku tu takde kat situ" bermonolog sendiri.

Sampai kat stall tu, Bai tolong tanyakan. Aku tak sanggup nak tanya. Hasilnya:negatif. Orang tu tak nampak barang yang aku cari. Telan air liur aku lagi sekali.

Astaghfirullah....astaghfirullah...astaghfirullah....

Sekejap je benda yang kita sayang Allah nak tarik kan?

Aku dan Bai pun berjalan lah kembali ke kedai seafood. Sepanjang jalan tu, aku cakap dengan Bai aku betul2 tak ingat mana tinggalkan beg tu. Bai yakin aku tertinggal dalam angkut. Sudah. Istighfar je lah aku mampu sebut. Debar hati masih terasa. Aku rasa Allah nak mengajar aku erti redha. Semuanya Dia punya kuasa nak ambil nikmat yang Dia berikan. Mungkin karena fikirkan hal itu aku tidak jadi gaduh gelisah. Tak nangis. Cuma aku risaukan ada kad bank dalam tu dan pin number cimb click yang baru aku bt semalam. Pasal handset tu...aku bayangkan aku tak tepon mak abah selama beberapa kurun waktu sampai aku ada duit yang cukup untuk beli handset baru. :((

Aku minta tolong Bai bbm (Blackberry Messenger) Syida suruh telefon handset aku. Kot2 lah masih berbunyi. Hasil: positif. Masih bernafas handset aku. Aku masih berdebar. Aku berdoa dalam hati semoga Tuhan jumpakan handset aku dengan orang yang amanah. Selebihnya aku redha. Kalau ada rezeki aku bertemu kembali dengan handset aku, ada lah....

10menit kemudian..
Entah kali ke berapa Syida telefon baru ada yang angkat. Dia cakap org yang jawab tu kata nak hantar ke Jalan Koperasi (tempat bilik sewa ktorg). Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terasa ada semilir halus dalam hati yang menghembus. Perasaan apakah itu?? Bahagianya tak terkata. Tak dapat nak digambarkan. Aku terasa mata aku bergenang. "Ya Allah, inikah kasih sayangMu pada hamba yang banyak dosa ini???!!" Jujurnya org tu....

Syida yang jumpa dengan orang tu sebab aku masih di kedai seafood. Aku titipkan not berwarna biru ke hamba Allah yang jujur itu. Tanda kesyukuran. Mudahkanlah jalan hidupnya ya ALLAH. Lapang tekak aku makan ikan kakap dan cumi. Syukur sangat2.

Macam tak percaya aku boleh bertemu lagi dengan handset aku. Dalam dunia sekarang ni masih ada rupanya orang yang jujur. Ya Allah....semuanya atas kuasaMU...Alangkah lemahnya hambaMu ini. Kau tarik sesaat nikmat yang Kau berikan, lantas mengembalikannya...itu suatu ujian buat diri ini ya ALLAH...

Ampunkan diriku karena telah banyak berdosa, namun kasih sayangMu tidak pernah sirna...

Subhanallah....

Monday, 27 June 2011

Pterigium

Bismillah



Baru balik dari Hospital. Hari ni tak masuk poli pun. Main-main kat OK@ Operation Room. Ada operation ekstirpasi pterigium. Bukan jelas sangat pun tengok. Doktor pakai microscope nak bedah buang benda tu.

Aku sekarang posting di bahagian Ophthalmology. Belajar tentang mata yang dua biji ni. Walaupun ia kecil, namun, penyakitnya sangatlah banyak. Tiap lapisan ada saja penyakitnya. PENING aku belajar. Tapi takpe, menarik sih.

Pterigium adalah penyakit degeneratif jaringan fibrovaskular. Itu definisi secara medis. Mudahnya, ia adalah selaput yang mengenai mata. Bahasa melayu yang betul aku tidaklah pasti apa. Pterigium ni bentuknya segitiga yang timbul pada bagian mata yang dekat dengan hidung. Selaput ni boleh merebak ke kornea sehingga mengganggu penglihatan. Bila dah sampai tahap ni lah ia disarankan untuk dibuang @ dioperate.


selaput yang putih kekuningan ni disebut pterigium

Kelainan ni biasa aku jumpa di poli mata. Kalau sebelum umur 40 tahun, pertumbuhan pterigium ni selalunya akan berulang walaupun sudah dibuang. Secara pasti, etiologi/penyebab ia terjadi tidak diketahui namun ia diduga terjadi akibat dari paparan cahaya matahari, angin, dan debu.

Hmm..macam berminat je nak jd ophthalmologist bila posting kt bagian ni. Taklah busy sangat nampaknya, boleh concerntrate lebih kat keluarga berbanding bidang2 lainnya. Takpe, itu nanti difikirkan lagi...



Mutiara kata

Bismillah



Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Sunday, 26 June 2011

Words for today

Bismillah..

Words for today:

Learn from every mistake, be the best that you can be



Kita manusia tak lari dari melakukan kesalahan. Khilafnya banyak sekali. Dari situlah kita belajar untuk jadi manusia yang lebih baik. Insyaallah. Tiap kali melakukan kesalahan, balik semula kepada Allah, TAUBAT. Allah Maha Menerima taubat hamba2Nya walaupun banyak dosanya seperti buih-buih di lautan.

Saturday, 25 June 2011

Ujian itu tarbiyyah

Bismillah...

Berhabuk dah blog ni. Lama tak Menulis. Biasalah. Menunding jari pada kesibukan untuk dijadikan alasan.

Macam- macam perkara jadi dalam waktu kurang dari setahun ni. Hari- hari yang berlalu penuh dengan pelajaran. Pelajaran untuk menjadi manusia berguna. Pelajaran yang menjadi hamba Tuhan yang taat.

Ujian itu tarbiyyah

Yup..setiap ujian yang menimpa diri kita merupakan tarbiyyah dari Allah Subhanaallah Taala. Semua orang dah tahu rasanya. Ujian itu Allah turunkan dalam pelbagai bentuk. Selevel dengan iman dan kesanggupan diri kita. Tak lebih. Allah tidak pernah menzalimi kita dengan ujian yang ditimpakanNya ke atas kita. Tidak pernah! Pastinya apa saja bentuk ujian itu, susah, sedih, kecewa malah kesenangan, Allah mahu kita semakin dekat padaNya, Allah mahu kita raja' (kembali) padaNya. Kembali berharap, kembali menjadikan Dia sebagai tempat bersandar, supaya kita tetap tunduk sebagai hambaNya. Sebenarnya Allah nak bagi syurga kepada kita pada akhirnya. Percayalah.



Dalam suatu satu surah Allah ada berfirman:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [Al-Ankabut: 2- 3]

Allah nak uji iman kita. Betul ke kita benar- benar beriman kepada Dia, atau sekadar manis di mulut saja.

Sepanjang perjalanan sebagai seorang koas @ budak praktikal ni, hari -hari yang dilalui tak lepas dari dugaan. Dan selalu lemah menghadapinya. Masakan tidak, dulu waktu sekolah tidak merasa susahnya jadi seorang dewasa. Sekarang, semuanya kena mandiri (independent). Sudahlah mak abah jauh. Belum lagi kerenah member2 satu stase (posting). Ada yang pemalas, ada yang suka back-stabbing, ada yang suka menyusahkan. Mual rasanya dengan ragam manusia2 itu. Sedih juga bila kebanyakan dari stase aku sendirian Melayu. Kerenah doktor2 macam- macam pula. Nak tu lah, nak ni lah. Sulit benar dibuatnya kita untuk dapat ilmu dari dia [Ilmu milik Allah]. Plus culture shock yang menyerang bertubi- tubi. Orang bukan muhrim menghulur untuk berjabat tangan, kena cuit2 dengan orang2 yang tidak sepatutnya. Diajak ke karaoke, berenang, ke billiard ke cinema. Ah, semua itu benar2 menggoyahkan pertahanan dan prinsip diri.

Kadang memang bertanya- tanya kenapa...kenapa...kenapa....kenapa aku diuji sebegini? and those 'whys' meleret2 hingga letih sendiri mencari jawapannya. Sebenarnya bukan tidak tahu kenapa, kadang hati yang tidak mahu menerima. Ujian itu tarbiyyah. Ujian itu untuk menguji. So simple.

Jalan Keluar Ujian

Memetik sebaris ayat Al- Quran dalam surah Al- Baqarah ayat 155

" Dan Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang- orang yang sabar.."

' Wahai orang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang- orang yang sabar." [2:153]

Sabar dan solat. Ringkas saja perintahNya. Tapi kita ni sering lupa untuk melakukannya. Dah banyak artikel dan cerita- cerita pasal dugaan dan pentingnya kesabaran untuk menghadapinya. Memang itulah hidup. Hidup kita sebagai hamba Allah ni memang setiap waktu adalah ujian. Kita ni kan hambaNya. Hidup di atas bumiNya, dan tujuan kita adalah DIA. Layaklah kita diuji supaya ketahuan kita ni benar2 hamba yang beriman kepadaNya atau tidak. Maka, hujung2nya sabarlah, dan solat.

Dalam solat kita berdoa supaya Allah mudahkan kita untuk menjalani hari2 yang 'berat', beri kita kekuatan untuk tetap teguh mencapai tujuan hidup kita, minta Allah tunjukkan jalan keluar dari masalah kita. Mengadulah semuanya pada Allah sebab Allah itu Maha Mendengar. Kalau kita nak harapkan kawan- kawan kita, mereka juga ada masalah masing. Mereka juga kadang tak sempat nak layan kita. Tapi Allah dan kata, Dia ada bersama- sama kita setiap masa, bagi yang ingat kepadanya.

Ujian itu untuk menguji

Allah nak jadikan kita kuat dan tabah dengan ujiannya. Allah juga nak uji kebenaran kata- kata kita dalam ujian yang ditimpakannya.

"Wahai orang- orang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa- apa yangt tidak kamu kerjakan. [As-Saf: 2-3]

Sebelum- sebelum ni, kita pandai cakap tentang hukum ni dan hukum tu. Nah sekarang saatnya teori itu dipraktikkan. Benarlah, apa yang kita pernah ucapkan akan Tuhan uji kebenaran kata- kata kita dalam ujian2 yang di timpakan. Bagi aku, kebanyakkan darinya aku telah gagal mempertahankannya. Ya Allah, aku mohon keampunan yang sebesar-besarnya atas khilafku... Berikan aku waktu untuk aku berubah, menjadi hambaMu yang taat dan soleh...AMIN...

Thursday, 21 October 2010

3 words


endless love~

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan
ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih
manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan
meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih
lain yang lebih dicintainya." [ibn taimiyah]

wo ai ni ALLAH...

3 kata
membibitkan rasa yang sangat indah
mudah diucapkan
tapi sejauh mana ia melekat di hati?
sebesar apa kau sediakan dalam dirimu buat rasa itu?
atau ia sekadar singgah
saat kau berduka
atau ketika kau dirundung sedih
atau pabila kau tak lagi berdaya menahan sakitnya diuji Tuhan

aku cinta padaMu...
smoga ia sentiasa ada di hati
mekar dalam diri
bercambah dengan bergantinya hari

Saturday, 2 October 2010

~~~


~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~

Monday, 6 September 2010

puteriku sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Tuesday, 17 August 2010

D&V

SUKABUMI.
Ia menjemput aku dengan 'senyuman' hangat. Kehangatannya memeluk diri, seakan membelai lembut hati yang sedang gelisah, hati yang tidak tenteram, hati yang sarat dengan rindu pada rasa ketenangan...

Kesibukan pada stase sebelumnya benar2 menjadikan harga ketenangan hati itu sangat mahal. Kesibukan itu juga menjarakkan hubungan dengan Pencipta. Aduh! Lemahnya aku ya Rabb!

Di sini mungkin Allah mahu aku berfikir, muhasabah, menilai kembali kualiti diri dan iman. Cakap saja memang mudah, tapi bila dihadapkan dengan realiti sebenar hidup prinsip diri gugur satu persatu. Janji yang pernah diikrarkan untuk jadi muslim yang baik entah ke mana pergi. Semangat untuk 'merawat' hati manusia2 yang 'sakit' pudar ditelan waktu. Sepertinya sekarang hati sendiri yang harus di'rawat'...tepatnya di ICU...sebab kondisinya sangat 'kritikal' dan 'tidak stabil'. ~sigh~

Sket ceghita tentang sukabumi...
Sekarang aku masuk stase kedua. IKKK @D&V. Beza sangat rasanya suasana Rumah Sakit kt sini. Suasana sekitarnya sungguh mententeramkan. Banyak pokok2, bunga2. Orang2 di sini sangat murah dengan senyuman. Jadi cepat mesra rasanya dengan mereka. Mungkin karena jauh dari kota Jakarta, sifat sopan santun mereka masih terjaga rapi. atau mungkin saja karena majoriti di sini muslim...ye...Islam kan mengajarkan hormat-menghormati antara satu sama lain...panjangkan silaturrahim...sedikit pun aku tidak merasa asing di sini...

Berkenaan makanan, hmm....takkan kelaparan kot. Macam-macam ada. banyaknya masakan Sunda lah sebab kt sini majoriti orang Sunda. Yang macam glemer Nasi uduk ungu...rasanya biasa je, cuma mungkin sebab warna nasi dia ungu, jadi ia menjadi tumpuan orang2 yang baru datang ke daerah ni.^___^.

actually, ni dah minggu ke4 aku di sini. Minggu depan terakhir. Exam bakal menjelma. Cuak, sebab tak belajar lagi. Takpe, I'll try my best...pray 4 me...

Sunday, 20 June 2010

hidup baru

Pejam celik pejam celik tak sangka dah nak masuk minggu ke-6 aku clinical. cepat masa berlalu meninggalkan hari-hari semalam yang penuh dengan suka dan duka. baru hari ni rasa nak menulis. banyak yang nak diceritakan. tapi memang asyik tak berkesempatan je nak ngadap laptop ni.

Status aku skarang: CO-AS OBGYN

^___^

Obstetric & gynecology. first stase dah kena ngadap org punya tuttt....aish...macam-macam la benda baru yang aku n member2 group aku jumpa dan rasai. sempat culture shock juga. cerita2 senior2 sebelumnya ttg kehidupan sebagai coas kini sedang kami rasai...hm...fun juga jadi coas, tak yah duduk kt dalam ruang kuliah macam dulu2...bley borak2 ngn patients..main periksa2 diorg..best...tapi...hmm.. ada tapinya...penatnya jadi coas ni adalah tersangat-sangat!dah la penat separuh mati lepas tu asyik kena marah + 'pujian' pulak dengan konsulen. telinga ni dah naik tebal dah dengar diorg punya 'pujian' hampir setiap hari. Lali!

minggu pertama dan kedua memang aku tak buat lansung VT (vaginal toucher). geli! ditambah dengan bau labour roOm yang 'wangi semacam' tu, membuatkan aku tak lalu nak makan hampir 3 minggu. sempat turun berat badan beberapa kilo (mgkn ni cara yg plg berkesan utk aku jadi kurus..haha)

minggu ketiga, aku igt lagi..patient ktorg meninggal...waktu tu sedih sangat2..ye la pertama kali kan jumpa. patient tu ada severe pre-eclampsia, dia baru lepas deliver baby perempuan yang sangat comel, but then dia kejang n terjadi decompensatio cordis lalu meninggal dunia. hm..kesian kat baby tu...sempat jugak air mata ni nak menitis tapi aku tahan. balik rumah aku telefon mak...tapi hati ni sedih sangat sampai aku terpaksa letak telefon. pagi besoknya baru aku telefon mak lagi, masa tu berjurai2 airmata keluar. mak nasihat supaya aku tak ikutkan perasaan. jadi doktor tak bley gitu, kena empati bukan simpati sebab utk masa akan datang mak kata aku pasti akan jumpa hal2 yang sama lagi.

minggu keempat semuanya berjalan lancar....dah start serius. baca buku, tapi tak masuk2 dalam kepala ni. bila konsulen tanya banyak yang aku tak ley jawab. aish....tercabar betul, padahal aku dah pernah baca yang dia tanya tu...



minggu kelima, dah separuh stase dah. seharusnya dah terer la bab2 obgyn ni, tapi hakikatnya masih banyak yang ktorg tak tahu...risau. takpe, aku akan terus berusaha!
minggu kelima ni aku kerja kat OK @ ruang operasi @ operation roOm. semalam, specialist ni ajak aku jadi asisten beliau utk sectio ceaserean. wow....seronok aku. my first tyme tau..pengalaman yang tak terlupakan!bukan senang nak dapat jadi asisten, dengan spesialist ni je ktorg berpeluang merasainya. dapat la aku rasa pegang forcep utk tarik kepala n keluarkan baby yang ada dalam uterus tu...sungguh ku tak sangka...perasaan tu sangat best!

then after that, setelah operation selesai beliau dipanggil pula utk bt curetase. hm disebabkan patient itu adalah patient aku, maka sekali lagi aku menjadi asisten beliau. mula2 aku igt aku kena tolong je beliau pegang spekulum, but then beliau suruh aku yang buat curetase itu! cuak aku...naseb baik aku masih igt cara nak pakai alat2 tu. tapi beliau tolong la tunjuk ajar. gila ke apa kalau aku buat sendiri curetase tu...kalau salah cemana?hmm....finally semuanya berjalan dengan baik....sukses!

panjang pula cerita kali ni. mak yang beriya suruh aku menulis, setelah beliau terkesan dengan tulisan Hilal Asyraf penulis terkenal itu. hmm..tapi sayangnya aku tak pandai nak bercerita sangat. takpe la...

minggu keenam ni aku dah start kena betul2 serius. aku kena pastikan aku sukses dalam stase ni. Insyaallah utk kegunaan masa akan datang juga...pray 4 me....:-)


Monday, 12 April 2010

tranquility

Melodi hati ni sungguh tenang pagi2 macam ni..ya ALLAH... terima kasih menganugerahi aku rasa ini...



semalam aku kata aku rindu

hari ini rindu itu memudar

kerana jiwa kini dipenuhi CINTA

cinta yang hakiki..yang lebih pasti akan aku miliki

cinta yang takkan aku kecewa kerananya


ALLAH

itulah yang memenuhi segenap jiwaku kini

bukan lagi kamu

kerana kamu tak pernah memberi aku

kepuasan dalam mencintaimu

seandainya kamu ingin menempati sebagian hati ku

maka

tanyakan padaNYA

kerana

DIA yang memiliki hati ini

seluruhnya...

KETENANGAN ITU SUATU KEBAHAGIAAN~

Friday, 9 April 2010

so sweet

Aku jatuh cinta pandang pertama bila tengok video ni. Sweet sangat2. message yang nak disampaikan pun mudah nak dicerna. kadang terfikir juga, kapan agaknya nak berubah, menjadi wanita solehah.....adeh...susah sangat rasa. hu...

Teringat sabda Rasulullah yang wanita ni senang masuk syurga, tapi dalam neraka banyak sangat orang perempuan. Nauzubillah...ngerinya. Takut bila ingat azab2 kat neraka yang diceritakan dalam Al- Quran.



Kena sering2 muhasabah diri ni...

Ya ALLAH, bimbinglah aku...

lulus

ALLAH memang Maha Pemurah. Hanya saja manusia yang tak tahu, atau kurang sekali bersyukur. Aku dengan sahabat- sahabat yang lain dah dapat result OSCE tadi. Alhamdulillah, lulus. Masing-masing aku tengok mengalirkan air mata gembira, aku pon sama....hem...bagi aku perasaan ni lebih bahagia dari perasaan time dapat result SPM dulu. Terasa setiap detik yang kitorg habiskan untuk mentelaah sama2, berpening kepala sm2 sampai nak muntah dah baca buku, mata pon dah macam pandaa dan entah apa2 lagi benda aneh2 yang berlaku, semuanya berbaloi.

Bila teringat balik time ujian hari tu, rasa2nya macam tak passed je. Mana tak, kat station 4 aku boleh lupa nak tanya nama patient tu, dah nak bagi ubat baru teringt nak tanya nama dia. cet, tu yang paling aku malu sekali. Tapi ALLAH punya kuasa kan....DIA yang nak bagi lulus.

Ya ALLAH, terima kasih...

Tapi...

Ada juga antara kitorg yang nasib tak berapa nak menyebelahi. Aku turut bersedih juga kepada mereka. Takpe, ALLAH yang merancang, dan DIA sebaik- baik perancang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita ni sebagai hamba kena redha dan bersabar atas segala ketentuannya. ALLAH pasti dah sediakan sesuatu yang lebih baik di hadapan sana untuk kalian. Percayalah!

Selepas ni insyaallah, masuk ke clinical pula. Harapan aku semoga langkah kali ini dipermudahkan, supaya lancar sampai ktorg semua GRAD, jadi DOCTOR. AMIN....



sahabat2ku bagaikan 'jigsaw puzzle'
tanpa salah satu dari mereka

hidup jadi tak lengkap

biar bentuknya tak sempurna

namun, aku bahagia

bila mereka ada untuk saling melengkapi


(^____^)


Sunday, 28 March 2010

osce

OSCE...

OSCE...

OSCE...

Luluskanlah kami Ya ALLAH...

AMIN....

Rasa letih sangat2. Hampir seminggu menghadap buku. Dari celik mata pagi2 sampai tidur pun dengan buku.

exam selasa ni...

Harapan nak lulus je.. Biar langkah seterusnya menjadi lebih mudah.... AMIN. AMIN. AMIN.

Langkah Tercipta
by UNIC


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,


Allah…

Inginku hentikan langkah ini

Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan

Semangat tenggelam lemah daya,

Haruskah aku mengelamun jiwa

Ku berbisik inilah dugaan


Dan langkahku kini terbuka

Pada hikmah dugaan uji keimanan

Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan


Allah…

Pimpini diriku,

Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini

Cekalkan hati dan semangatku

Kurniakan ketabahan........

Agar mimpi jadi nyata..

padaMu ku meminta


Dan ku mohon agung kudratMu

Wahai Tuhan Yang Satu

Segalanya dariMu

ol da bez for OSCE!!!