"Kamu harus bantu aku, aku tak kuat menghadapinya sendiri."
"Kamu kuat...kamu ada Allah. Pelindungmu."
"Godaannya sangat kuat sahabat, aku beberapa kali tersungkur dikaki nafsu sendiri."
"Cubalah...kuatkan hatimu, jangan kau ikut kata nafsumu, biar imanmu yang menggerakkan langkahmu. Katamu ingin jadi mujahidah solehah. Maka, kau harus bangkit melawan nafsumu sendiri. Orang mukmin takkan biarkan dirinya jatuh ke dalam 'jurang' yang sama dua kali."
"Dan jika setan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (membaca a'uzubillahi minasy-syaitaanir-rajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang- orang yang BERTAQWA apabila mereka dibayang- bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan- kesalahannya)."[Al-A'raf:200-201]
Kejadian ni baru saja terjadi. Masih panas ceritanya.
Jam 2010 WIB: Hujan di luar masih belum berhenti. Dari pagi langit Sukabumi ini menangis. Rahmat Tuhan turun bersama kesejukan yang membawa kedamaian. Tiba2 handset aku berbunyi. Message dari junior aku. Baizura.
"Salam. Kak ain, dah makan??"
"Not yet. Np??"
Bai nak ajak aku g makan rupanya. Makan tomyam.
"Ok, tapi akak nak solat dlu. Hehehe..."
Sehabis solat aku pun bersiap-siaplah.
2030WIB "Bai, jom. Akk dah kat bawah ni.."
"Ok, ktorg pkai tdung dlu eh"
Aku pun tunggu la. Ditemani hujan renyai- renyai. Sejuknya amatlah terasa. Memang dah asalnya kalau tak hujan pun sejuk. Sedap kalau tidur. Sweater yang aku pakai masih tidak dapat memberi kehangatan. Hari tu dah survey2 dah sweater baru. Satu pun takde yang berkenan.
5 menit kemudian...mereka pun muncul.
"Ai, satu payung je...?" Tanya aku. Boleh je diorg ni kongsi payung hujan2 begini.
"Aah...payung satu lagi Aan bawa." kata Jiha.
Whatever lah...
"Kak Ain, kita nak makan tomyam kat mana??" Bai tanya
"Kita g Tiara je lah. Hehhe..." Cepat je aku buat decision. Tadi ingat nak pergi Selamat kat belakang tu je. Tiara itu adalah Mall, depannya ada kedai Tomyam dan Tongseng. Tempatnya agak jauh berbanding Selamat. Kena naik angkut. Rp2000 sekali jalan/person. Selamat tu ada kat belakang rumah je. Tapi kena jalan la sket.
Then ktorg pun naik lah angkut.
"Kang (panggilan utk lelaki Sunda), ke Tiara ga??"
Kang tu buat muka konpius. Sebenarnya angkut ni tidaklah lalu depan Tiara, tapi ktorg buat polos je tanya gitu. Selalunya kalau takde penumpang, supir tu akan bawa je ke tempat yang kita nak pergi. Ok, kang tu bersetuju. Jalan.....
2050WIB Sampai di Tiara. Setelah bayar, ktorg pun menapaklah pergi ke stall jual pisang coklat. Pisang coklat kalau makan time sejuk2 macam ni sedap sungguh agaknya. Bai pesan paket yang Rp10,000. Isinya ada 4 kalau tak salah.
"Dipotong ya Kang." Biar senang makan maksudnya. Pisang coklat ni adalah pisang yang dibalut dengan tepung (agaknya) kemudian ada coklat cair dalamnya. Dan digoreng. Rangup dan sedap!!!
Tak sampai 10 menit siaplah ktorg punya pesanan. Bai bayar. Aku tak hengat pulak nak bayar kan....hehe...Nanti2 lah aku fikir, topup dengan duit satgi makan.
Ok, then ktorg pun lintas jalan untuk ke kedai Tomyam dan Tongseng. Hujan masih juga belum berhenti. Sampai di muka pintu kedai aku agak ragu2 jugak nak masuk. "Masih buka ke kedai ni" hati aku bertanya sendiri.
"Udah mau tutup teh (@teteh=panggilan perempuan dalam Sunda)..." Kata Kang yang menjaga kedai sambil sengeh- sengeh.
Adehhhhh!!!!!!Cape dehhh.....!!
"Penat kita datang jauh- jauh Kak Ain..."
"Haha...sudahlah....takpe..."
"Kita g makan seafood sebelah surabi je lah, nak??" Bai mensuggestkan.
"Ok, jom!"
Ktorg pun berjalanlah lagi dalam hujan renyai-renyai. Sejuk makin terasa. Macam nak pkai baju musim sejuk je rasa. Kaki dah basah dah kena air hujan.
Sampai di kedai seafood rasa pelik pulak. Sepi je. "Dah tutup jugak ke?" Nampak barang2 masak macam dah kemas. Bai pun tanya lah org punya kedai, ternyata masih buka. Aku pun pesan lah makanan, sementara Bai dengan Jiha pesan surabi kat kedai sebelah tu.
Menu: Ikan Kakap masak masam manis, Cumi (sotong) masak lada hitam dan masam manis, Cah Kangkung belacan. Minum, aku teh botol, Jiha teh tawar, Bai es teh manis
Simple je.
Aku meraba poket seluar hitam yang aku pakai. Tiba-tiba jantung aku rasa dup-dap dup-dap yang sangat kencang. Aku raba pulak sweater yang aku pkai.
TAKDE!!!!yang aku cari TAKDE!!
Handphone aku. Aku taruk dalam beg kecil warna ungu. Dalam tu ade kad bank, duit, pen drive n apetah lagi....takde kt aku beg tu.
Aku telan air liur, Ligat kepala aku berfikir kali terakhir aku pegang beg tu.
Pikir punya pikir.......BLANK. Seriously aku tak ingat. Tapi terakhir aku pegang dalam angkut, waktu cari2 syiling nak bayar duit angkut.
Aku bgtau Bai, Bai suruh aku ingat kat mana last aku pegang. Dia kata mungkin kat dalam angkut or kat tempat stall pisang coklat tu. Ok, ktorg pun pergilah balik ke stall pisang coklat tu. Sepanjang perjalanan ke situ, aku istighfar je. Mungkin terkejut, mungkin pasrah, aku tidak tahu ape perasaan itu. "Inikah perasaan bila kita kehilangan????" Hatiku berbicara sendiri. "Aku redha ya Allah kalau beg aku tu takde kat situ" bermonolog sendiri.
Sampai kat stall tu, Bai tolong tanyakan. Aku tak sanggup nak tanya. Hasilnya:negatif. Orang tu tak nampak barang yang aku cari. Telan air liur aku lagi sekali.
Sekejap je benda yang kita sayang Allah nak tarik kan?
Aku dan Bai pun berjalan lah kembali ke kedai seafood. Sepanjang jalan tu, aku cakap dengan Bai aku betul2 tak ingat mana tinggalkan beg tu. Bai yakin aku tertinggal dalam angkut. Sudah. Istighfar je lah aku mampu sebut. Debar hati masih terasa. Aku rasa Allah nak mengajar aku erti redha. Semuanya Dia punya kuasa nak ambil nikmat yang Dia berikan. Mungkin karena fikirkan hal itu aku tidak jadi gaduh gelisah. Tak nangis. Cuma aku risaukan ada kad bank dalam tu dan pin number cimb click yang baru aku bt semalam. Pasal handset tu...aku bayangkan aku tak tepon mak abah selama beberapa kurun waktu sampai aku ada duit yang cukup untuk beli handset baru. :((
Aku minta tolong Bai bbm (Blackberry Messenger) Syida suruh telefon handset aku. Kot2 lah masih berbunyi. Hasil: positif. Masih bernafas handset aku. Aku masih berdebar. Aku berdoa dalam hati semoga Tuhan jumpakan handset aku dengan orang yang amanah. Selebihnya aku redha. Kalau ada rezeki aku bertemu kembali dengan handset aku, ada lah....
10menit kemudian.. Entah kali ke berapa Syida telefon baru ada yang angkat. Dia cakap org yang jawab tu kata nak hantar ke Jalan Koperasi (tempat bilik sewa ktorg). Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terasa ada semilir halus dalam hati yang menghembus. Perasaan apakah itu?? Bahagianya tak terkata. Tak dapat nak digambarkan. Aku terasa mata aku bergenang. "Ya Allah, inikah kasih sayangMu pada hamba yang banyak dosa ini???!!" Jujurnya org tu....
Syida yang jumpa dengan orang tu sebab aku masih di kedai seafood. Aku titipkan not berwarna biru ke hamba Allah yang jujur itu. Tanda kesyukuran. Mudahkanlah jalan hidupnya ya ALLAH. Lapang tekak aku makan ikan kakap dan cumi. Syukur sangat2.
Macam tak percaya aku boleh bertemu lagi dengan handset aku. Dalam dunia sekarang ni masih ada rupanya orang yang jujur. Ya Allah....semuanya atas kuasaMU...Alangkah lemahnya hambaMu ini. Kau tarik sesaat nikmat yang Kau berikan, lantas mengembalikannya...itu suatu ujian buat diri ini ya ALLAH...
Ampunkan diriku karena telah banyak berdosa, namun kasih sayangMu tidak pernah sirna...
Baru balik dari Hospital. Hari ni tak masuk poli pun. Main-main kat OK@ Operation Room. Ada operation ekstirpasi pterigium. Bukan jelas sangat pun tengok. Doktor pakai microscope nak bedah buang benda tu.
Aku sekarang posting di bahagian Ophthalmology. Belajar tentang mata yang dua biji ni. Walaupun ia kecil, namun, penyakitnya sangatlah banyak. Tiap lapisan ada saja penyakitnya. PENING aku belajar. Tapi takpe, menarik sih.
Pterigium adalah penyakit degeneratif jaringan fibrovaskular. Itu definisi secara medis. Mudahnya, ia adalah selaput yang mengenai mata. Bahasa melayu yang betul aku tidaklah pasti apa. Pterigium ni bentuknya segitiga yang timbul pada bagian mata yang dekat dengan hidung. Selaput ni boleh merebak ke kornea sehingga mengganggu penglihatan. Bila dah sampai tahap ni lah ia disarankan untuk dibuang @ dioperate.
selaput yang putih kekuningan ni disebut pterigium
Kelainan ni biasa aku jumpa di poli mata. Kalau sebelum umur 40 tahun, pertumbuhan pterigium ni selalunya akan berulang walaupun sudah dibuang. Secara pasti, etiologi/penyebab ia terjadi tidak diketahui namun ia diduga terjadi akibat dari paparan cahaya matahari, angin, dan debu. Hmm..macam berminat je nak jd ophthalmologist bila posting kt bagian ni. Taklah busy sangat nampaknya, boleh concerntrate lebih kat keluarga berbanding bidang2 lainnya. Takpe, itu nanti difikirkan lagi...
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)
Learn from every mistake, be the best that you can be
Kita manusia tak lari dari melakukan kesalahan. Khilafnya banyak sekali. Dari situlah kita belajar untuk jadi manusia yang lebih baik. Insyaallah. Tiap kali melakukan kesalahan, balik semula kepada Allah, TAUBAT. Allah Maha Menerima taubat hamba2Nya walaupun banyak dosanya seperti buih-buih di lautan.
Berhabuk dah blog ni. Lama tak Menulis. Biasalah. Menunding jari pada kesibukan untuk dijadikan alasan.
Macam- macam perkara jadi dalam waktu kurang dari setahun ni. Hari- hari yang berlalu penuh dengan pelajaran. Pelajaran untuk menjadi manusia berguna. Pelajaran yang menjadi hamba Tuhan yang taat.
Ujian itu tarbiyyah
Yup..setiap ujian yang menimpa diri kita merupakan tarbiyyah dari Allah Subhanaallah Taala. Semua orang dah tahu rasanya. Ujian itu Allah turunkan dalam pelbagai bentuk. Selevel dengan iman dan kesanggupan diri kita. Tak lebih. Allah tidak pernah menzalimi kita dengan ujian yang ditimpakanNya ke atas kita. Tidak pernah! Pastinya apa saja bentuk ujian itu, susah, sedih, kecewa malah kesenangan, Allah mahu kita semakin dekat padaNya, Allah mahu kita raja' (kembali) padaNya. Kembali berharap, kembali menjadikan Dia sebagai tempat bersandar, supaya kita tetap tunduk sebagai hambaNya. Sebenarnya Allah nak bagi syurga kepada kita pada akhirnya. Percayalah.
Dalam suatu satu surah Allah ada berfirman:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [Al-Ankabut: 2- 3]
Allah nak uji iman kita. Betul ke kita benar- benar beriman kepada Dia, atau sekadar manis di mulut saja.
Sepanjang perjalanan sebagai seorang koas @ budak praktikal ni, hari -hari yang dilalui tak lepas dari dugaan. Dan selalu lemah menghadapinya. Masakan tidak, dulu waktu sekolah tidak merasa susahnya jadi seorang dewasa. Sekarang, semuanya kena mandiri (independent). Sudahlah mak abah jauh. Belum lagi kerenah member2 satu stase (posting). Ada yang pemalas, ada yang suka back-stabbing, ada yang suka menyusahkan. Mual rasanya dengan ragam manusia2 itu. Sedih juga bila kebanyakan dari stase aku sendirian Melayu. Kerenah doktor2 macam- macam pula. Nak tu lah, nak ni lah. Sulit benar dibuatnya kita untuk dapat ilmu dari dia [Ilmu milik Allah]. Plus culture shock yang menyerang bertubi- tubi. Orang bukan muhrim menghulur untuk berjabat tangan, kena cuit2 dengan orang2 yang tidak sepatutnya. Diajak ke karaoke, berenang, ke billiard ke cinema. Ah, semua itu benar2 menggoyahkan pertahanan dan prinsip diri.
Kadang memang bertanya- tanya kenapa...kenapa...kenapa....kenapa aku diuji sebegini? and those 'whys' meleret2 hingga letih sendiri mencari jawapannya. Sebenarnya bukan tidak tahu kenapa, kadang hati yang tidak mahu menerima. Ujian itu tarbiyyah. Ujian itu untuk menguji. So simple.
Jalan Keluar Ujian
Memetik sebaris ayat Al- Quran dalam surah Al- Baqarah ayat 155
" Dan Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang- orang yang sabar.."
' Wahai orang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang- orang yang sabar." [2:153]
Sabar dan solat. Ringkas saja perintahNya. Tapi kita ni sering lupa untuk melakukannya. Dah banyak artikel dan cerita- cerita pasal dugaan dan pentingnya kesabaran untuk menghadapinya. Memang itulah hidup. Hidup kita sebagai hamba Allah ni memang setiap waktu adalah ujian. Kita ni kan hambaNya. Hidup di atas bumiNya, dan tujuan kita adalah DIA. Layaklah kita diuji supaya ketahuan kita ni benar2 hamba yang beriman kepadaNya atau tidak. Maka, hujung2nya sabarlah, dan solat.
Dalam solat kita berdoa supaya Allah mudahkan kita untuk menjalani hari2 yang 'berat', beri kita kekuatan untuk tetap teguh mencapai tujuan hidup kita, minta Allah tunjukkan jalan keluar dari masalah kita. Mengadulah semuanya pada Allah sebab Allah itu Maha Mendengar. Kalau kita nak harapkan kawan- kawan kita, mereka juga ada masalah masing. Mereka juga kadang tak sempat nak layan kita. Tapi Allah dan kata, Dia ada bersama- sama kita setiap masa, bagi yang ingat kepadanya.
Ujian itu untuk menguji
Allah nak jadikan kita kuat dan tabah dengan ujiannya. Allah juga nak uji kebenaran kata- kata kita dalam ujian yang ditimpakannya.
"Wahai orang- orang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa- apa yangt tidak kamu kerjakan. [As-Saf: 2-3]
Sebelum- sebelum ni, kita pandai cakap tentang hukum ni dan hukum tu. Nah sekarang saatnya teori itu dipraktikkan. Benarlah, apa yang kita pernah ucapkan akan Tuhan uji kebenaran kata- kata kita dalam ujian2 yang di timpakan. Bagi aku, kebanyakkan darinya aku telah gagal mempertahankannya. Ya Allah, aku mohon keampunan yang sebesar-besarnya atas khilafku... Berikan aku waktu untuk aku berubah, menjadi hambaMu yang taat dan soleh...AMIN...
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya." [ibn taimiyah]
wo ai ni ALLAH...
3 kata membibitkan rasa yang sangat indah mudah diucapkan tapi sejauh mana ia melekat di hati? sebesar apa kau sediakan dalam dirimu buat rasa itu? atau ia sekadar singgah saat kau berduka atau ketika kau dirundung sedih atau pabila kau tak lagi berdaya menahan sakitnya diuji Tuhan
aku cinta padaMu... smoga ia sentiasa ada di hati mekar dalam diri bercambah dengan bergantinya hari
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama Tiada siapa yang akan boleh merampasnya Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara Mahligai syurga itulah tempatnya
SUKABUMI. Ia menjemput aku dengan 'senyuman' hangat. Kehangatannya memeluk diri, seakan membelai lembut hati yang sedang gelisah, hati yang tidak tenteram, hati yang sarat dengan rindu pada rasa ketenangan...
Kesibukan pada stase sebelumnya benar2 menjadikan harga ketenangan hati itu sangat mahal. Kesibukan itu juga menjarakkan hubungan dengan Pencipta. Aduh! Lemahnya aku ya Rabb!
Di sini mungkin Allah mahu aku berfikir, muhasabah, menilai kembali kualiti diri dan iman. Cakap saja memang mudah, tapi bila dihadapkan dengan realiti sebenar hidup prinsip diri gugur satu persatu. Janji yang pernah diikrarkan untuk jadi muslim yang baik entah ke mana pergi. Semangat untuk 'merawat' hati manusia2 yang 'sakit' pudar ditelan waktu. Sepertinya sekarang hati sendiri yang harus di'rawat'...tepatnya di ICU...sebab kondisinya sangat 'kritikal' dan 'tidak stabil'. ~sigh~
Sket ceghita tentang sukabumi... Sekarang aku masuk stase kedua. IKKK @D&V. Beza sangat rasanya suasana Rumah Sakit kt sini. Suasana sekitarnya sungguh mententeramkan. Banyak pokok2, bunga2. Orang2 di sini sangat murah dengan senyuman. Jadi cepat mesra rasanya dengan mereka. Mungkin karena jauh dari kota Jakarta, sifat sopan santun mereka masih terjaga rapi. atau mungkin saja karena majoriti di sini muslim...ye...Islam kan mengajarkan hormat-menghormati antara satu sama lain...panjangkan silaturrahim...sedikit pun aku tidak merasa asing di sini...
Berkenaan makanan, hmm....takkan kelaparan kot. Macam-macam ada. banyaknya masakan Sunda lah sebab kt sini majoriti orang Sunda. Yang macam glemer Nasi uduk ungu...rasanya biasa je, cuma mungkin sebab warna nasi dia ungu, jadi ia menjadi tumpuan orang2 yang baru datang ke daerah ni.^___^.
actually, ni dah minggu ke4 aku di sini. Minggu depan terakhir. Exam bakal menjelma. Cuak, sebab tak belajar lagi. Takpe, I'll try my best...pray 4 me...
Pejam celik pejam celik tak sangka dah nak masuk minggu ke-6 aku clinical. cepat masa berlalu meninggalkan hari-hari semalam yang penuh dengan suka dan duka. baru hari ni rasa nak menulis. banyak yang nak diceritakan. tapi memang asyik tak berkesempatan je nak ngadap laptop ni.
Status aku skarang: CO-AS OBGYN
^___^
Obstetric & gynecology. first stase dah kena ngadap org punya tuttt....aish...macam-macam la benda baru yang aku n member2 group aku jumpa dan rasai. sempat culture shock juga. cerita2 senior2 sebelumnya ttg kehidupan sebagai coas kini sedang kami rasai...hm...fun juga jadi coas, tak yah duduk kt dalam ruang kuliah macam dulu2...bley borak2 ngn patients..main periksa2 diorg..best...tapi...hmm.. ada tapinya...penatnya jadi coas ni adalah tersangat-sangat!dah la penat separuh mati lepas tu asyik kena marah + 'pujian' pulak dengan konsulen. telinga ni dah naik tebal dah dengar diorg punya 'pujian' hampir setiap hari. Lali!
minggu pertama dan kedua memang aku tak buat lansung VT (vaginal toucher). geli! ditambah dengan bau labour roOm yang 'wangi semacam' tu, membuatkan aku tak lalu nak makan hampir 3 minggu. sempat turun berat badan beberapa kilo (mgkn ni cara yg plg berkesan utk aku jadi kurus..haha)
minggu ketiga, aku igt lagi..patient ktorg meninggal...waktu tu sedih sangat2..ye la pertama kali kan jumpa. patient tu ada severe pre-eclampsia, dia baru lepas deliver baby perempuan yang sangat comel, but then dia kejang n terjadi decompensatio cordis lalu meninggal dunia. hm..kesian kat baby tu...sempat jugak air mata ni nak menitis tapi aku tahan. balik rumah aku telefon mak...tapi hati ni sedih sangat sampai aku terpaksa letak telefon. pagi besoknya baru aku telefon mak lagi, masa tu berjurai2 airmata keluar. mak nasihat supaya aku tak ikutkan perasaan. jadi doktor tak bley gitu, kena empati bukan simpati sebab utk masa akan datang mak kata aku pasti akan jumpa hal2 yang sama lagi.
minggu keempat semuanya berjalan lancar....dah start serius. baca buku, tapi tak masuk2 dalam kepala ni. bila konsulen tanya banyak yang aku tak ley jawab. aish....tercabar betul, padahal aku dah pernah baca yang dia tanya tu...
minggu kelima, dah separuh stase dah. seharusnya dah terer la bab2 obgyn ni, tapi hakikatnya masih banyak yang ktorg tak tahu...risau. takpe, aku akan terus berusaha! minggu kelima ni aku kerja kat OK @ ruang operasi @ operation roOm. semalam, specialist ni ajak aku jadi asisten beliau utk sectio ceaserean. wow....seronok aku. my first tyme tau..pengalaman yang tak terlupakan!bukan senang nak dapat jadi asisten, dengan spesialist ni je ktorg berpeluang merasainya. dapat la aku rasa pegang forcep utk tarik kepala n keluarkan baby yang ada dalam uterus tu...sungguh ku tak sangka...perasaan tu sangat best!
then after that, setelah operation selesai beliau dipanggil pula utk bt curetase. hm disebabkan patient itu adalah patient aku, maka sekali lagi aku menjadi asisten beliau. mula2 aku igt aku kena tolong je beliau pegang spekulum, but then beliau suruh aku yang buat curetase itu! cuak aku...naseb baik aku masih igt cara nak pakai alat2 tu. tapi beliau tolong la tunjuk ajar. gila ke apa kalau aku buat sendiri curetase tu...kalau salah cemana?hmm....finally semuanya berjalan dengan baik....sukses!
panjang pula cerita kali ni. mak yang beriya suruh aku menulis, setelah beliau terkesan dengan tulisan Hilal Asyraf penulis terkenal itu. hmm..tapi sayangnya aku tak pandai nak bercerita sangat. takpe la...
minggu keenam ni aku dah start kena betul2 serius. aku kena pastikan aku sukses dalam stase ni. Insyaallah utk kegunaan masa akan datang juga...pray 4 me....:-)
Melodi hati ni sungguh tenang pagi2 macam ni..ya ALLAH... terima kasih menganugerahi aku rasa ini...
semalam aku kata aku rindu hari ini rindu itu memudar kerana jiwa kini dipenuhi CINTA cinta yang hakiki..yang lebih pasti akan aku miliki cinta yang takkan aku kecewa kerananya
ALLAH itulah yang memenuhi segenap jiwaku kini bukan lagi kamu kerana kamu tak pernah memberi aku kepuasan dalam mencintaimu seandainya kamu ingin menempati sebagian hati ku maka tanyakan padaNYA kerana DIA yang memiliki hati ini seluruhnya...
Aku jatuh cinta pandang pertama bila tengok video ni. Sweet sangat2. message yang nak disampaikan pun mudah nak dicerna. kadang terfikir juga, kapan agaknya nak berubah, menjadi wanita solehah.....adeh...susah sangat rasa. hu...
Teringat sabda Rasulullah yang wanita ni senang masuk syurga, tapi dalam neraka banyak sangat orang perempuan. Nauzubillah...ngerinya. Takut bila ingat azab2 kat neraka yang diceritakan dalam Al- Quran.
ALLAH memang Maha Pemurah. Hanya saja manusia yang tak tahu, atau kurang sekali bersyukur. Aku dengan sahabat- sahabat yang lain dah dapat result OSCE tadi. Alhamdulillah, lulus. Masing-masing aku tengok mengalirkan air mata gembira, aku pon sama....hem...bagi aku perasaan ni lebih bahagia dari perasaan time dapat result SPM dulu. Terasa setiap detik yang kitorg habiskan untuk mentelaah sama2, berpening kepala sm2 sampai nak muntah dah baca buku, mata pon dah macam pandaa dan entah apa2 lagi benda aneh2 yang berlaku, semuanya berbaloi.
Bila teringat balik time ujian hari tu, rasa2nya macam tak passed je. Mana tak, kat station 4 aku boleh lupa nak tanya nama patient tu, dah nak bagi ubat baru teringt nak tanya nama dia. cet, tu yang paling aku malu sekali. Tapi ALLAH punya kuasa kan....DIA yang nak bagi lulus.
Ya ALLAH, terima kasih...
Tapi...
Ada juga antara kitorg yang nasib tak berapa nak menyebelahi. Aku turut bersedih juga kepada mereka. Takpe, ALLAH yang merancang, dan DIA sebaik- baik perancang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita ni sebagai hamba kena redha dan bersabar atas segala ketentuannya. ALLAH pasti dah sediakan sesuatu yang lebih baik di hadapan sana untuk kalian. Percayalah!
Selepas ni insyaallah, masuk ke clinical pula. Harapan aku semoga langkah kali ini dipermudahkan, supaya lancar sampai ktorg semua GRAD, jadi DOCTOR. AMIN....
sahabat2ku bagaikan 'jigsaw puzzle' tanpa salah satu dari mereka hidup jadi tak lengkap biar bentuknya tak sempurna namun, aku bahagia bila mereka ada untuk saling melengkapi
Rasa letih sangat2. Hampir seminggu menghadap buku. Dari celik mata pagi2 sampai tidur pun dengan buku.
exam selasa ni...
Harapan nak lulus je.. Biar langkah seterusnya menjadi lebih mudah.... AMIN. AMIN. AMIN.
Langkah Tercipta
by UNIC
Semalam aku kelukaan, Kecewa kehampaan, Mencalar ketabahan, Impian seringku harapkan menjadi kenyataan Namun tak kesampaian,
Allah… Inginku hentikan langkah ini Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan Semangat tenggelam lemah daya, Haruskah aku mengelamun jiwa Ku berbisik inilah dugaan
Dan langkahku kini terbuka Pada hikmah dugaan uji keimanan Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan
Allah… Pimpini diriku, Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini Cekalkan hati dan semangatku Kurniakan ketabahan........ Agar mimpi jadi nyata.. padaMu ku meminta
Dan ku mohon agung kudratMu Wahai Tuhan Yang Satu Segalanya dariMu
mencari letak hati aku jadi resah sendiri tak tahu mana arah ingin pergi ke sana ke mari membawa gelisah dlm diri
jahiliyyah itu! aku kutipnya kembali setelah aku lempari jauh2 pantasan diri jadi gelisah tak tentu arah
oh, kenapa wahai diri kenapa kau kembali? bukankah kau dah berjanji taknak mendekati jahiliyyah itu lagi?
wahai diri jangan begini kuatkan diri teguhkan hati jangan kembali ke daerah itu daerah yang menjadikan kau manusia tercela manusia yang jauh dari rahmatNYA
Malam telah menyelimuti kota Madinah Al Munawwarah, bintang -bintang yang bertaburan membawa kedamaian dan ketenangan serta mimpi indah, yang jelas malam itu sebenarnya malam biasa, tapi tidak sama sekali bagi Hanzhalah bin Abi Amir Radiallahuanhu . Hari itu hari dimana mimpinya terwujud, hari yang lama datangnya hari yang lama ditunggunya hari itu Hanzhalah naik ke pelaminan.
Hanzhalah menikah pada suatu malam yang besok paginya terjadi perang di Uhud. Hanzhalah minta izin kepada Nabi Shalallahu alaihi wa salam untuk bermalam bersama isterinya. Sementara dia sendiri tidak tahu dengan pasti apakah malam itu malam pertemuan atau justru malam perpisahan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa salam memberinya ijin untuk menginap malam itu bersama pasangan kemantennya.
Manis macam apakah yang ada pada malam itu ? Rahasia apa yang dipendam hari itu dari Hanzhalah? Bersamaan dengan menyembulnya fajar pertama terdengar gemuruh perang, terdengar seorang menyeru dan mengumumkan jihad. Beberapa saat dia timbang-timbang antara kenikmatan dunia dan kenikmatan Akhirat Akhirnya dia memilih akhirat demi kenikmatannya. Untuk kemudian menyongsong panggilan jihad dan meninggalkan dunia dengan segala isinya.
Waktu itu Hanzhalah Radiallahuanhu masih Junub, belum sempat mandi besar, melesat memenuhi seruan kebenaran, serta melayang tidak menginjak bumi, Sepasang penganten malam itu melesat dengan membawa senjatanya untuk bergabung dengan Nabi Shalallahu alaihi was salam yang sedang menyiapkan barisan Muslimin, meyiapkan hati untuk melakukan transaksi dijalan Allah Hanzhalah masuk pasar surga ………… Perang sangat dahsyat berkemilau dengan serunya pada awalnya kemenagan diraih tapi tatkala pasukan pemanah meninggalkan posisi mereka, keadaan berbalik menjadi kacau dan orang-orang musyrik maju.
Akan tetapi beberapa tentara tetap teguh bertahan bersama Rasulullah Shalallahu alihi wa salam, termasuk di dalamnya Hanzhalah Dia terus menunjukkan dan membuktikan kecintaannya terhadap Allah Subhanahu wa ta'ala. Dia maju menghadap Abu Sofyan bin Harb Dengan cepat dia menebas kaki kuda Abu Sofyan dari belakang sehingga Abu Sofyan terjatuh dia menjatuhkannya dari atas kudanya seakan-akan dia menjatuhkan kebathilan yang telah mencuri kebenaran dan kebathilan yang mengacau akidahnya Pada saat itu datanglah Syaddad bin Al Aswad membantu Abu Sofyan melawan Hanzhalah Radiallahuanhu, untuk kemudian salah satu dari dua orang itu bisa membunuh hati yang bersih dengan lemparan lembing yang tembus Abu Sofyan berteriak “ Hanzhalah dengan Hanzhalah yang maksudnya dia telah membalaskan dendam anaknya yang terbunuh dalam perang Badar Hanzhalah Radiallahuanhu meninggalkan kita, tetapi bau wangi misik darinya tetap semerbak menyirami jiwa-jiwa generasi sesudahnya agar jiwa yang sedang tertidur menjadi bangkit dengan harapan suatu ketika akan menunggangi kuda-kuda Syahid.
Tanah menjadi suci dengan kemanten kita tadi lalu perang usai mereka yang telah melakukan transaksi telah menjajakan semua barangnya mereka membawa hati mereka dalam genggaman Untuk diterima atau ditolak oleh Allah Subhanahu wa ta'ala sesuai dengan kehendak-Nya.
Mereka yakin bahwa kesungguhan / kejujuran pada waktu itu adalah kekayaan yang paling berharga. Dan siapa yang sungguh- sungguh jujur dengan Allah tidak akan sia-sia.
Para Sahabat Radiallahuanhu yang masih tersisa mulai mencari saudara-saudara mereka yang masih menanti janji dari langit memilah-milah siapa yang lebih dahulu ke langit. Tangan mereka yang berusaha menyentuh jasad Hanzhalah Radiallahuanhu yang berlumur darah mereka kagum adanya rintik rintik air mengalir dari dahinya seperti butiran-butiran mutiara dan berjatuhan dari sela-sela rambutnya. Ini tentu menjadi misteri Apa maksudnya sampai kemudian para sahabat mendengar suara Nabi Shalallahu alaihi wa salam bersabda : “Sungguh Aku melihat Malaikat memandikan Hanzhalah bin Amir ra antara langit dan bumi dengan air awan dalam bejana terbaut dari perak.
Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman dengan mendapatkan harga surga Selamat wahai anda Hanzhalah anda telah mendapat surga orang-orang Aus, Suku Hanzhalah sangat bangga dengannya karena dari suku mereka ada yang dimandikan Malaikat
Sesungguhnya Hanzhalah akan tetap menjadi kebanggaan dan terpatri dalam dada kaum muslimin bukan hanya untuk Aus saja! Semoga Allah ridha terhadap Hanzhalah bin Abi Amir Radiallahuanhu.
Perasaan ini, andai ia sebuah lukisan pasti ia adalah karya yang paling indah pernah aku lihat, andai ia sebuah wajah, pasti ia secantik ketua bidadari di taman syurga. Aku ingin mengingati detik ini, sebagai lambang kesyukuranku padaMu ya ALLAH. Walau aku berselimut dosa, namun Kau masih mendengarkan aku, Kau masih membelaiku dengan sifat Rahman dan RahimMu. Kau hadiahkan aku sesuatu yang aku tak sangka itulah yang menjadi penawar hati yang sedang 'sakit' ini.
Ya Rabbi, Ampuni aku. Ampunkan setiap kelalaianku dalam mentaati perintahMu. Jauhkan aku dari maksiat yang akan menambah titik hitam dalam hati ini. Aku taknak kembali kembali pada jahiliyyah itu lagi...
Ya Latif, Berkatilah hidup sahabatku yang telah banyak berjasa kepadaku. Lindungi dia dalam rahmatMu. Ampunkan segala dosa- dosanya dan tetapkan hatinya di jalan ini. Amin.
Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang- orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang- orang yang benar dan pasti mengetahui orang- orang yang berdusta. [Al- Ankabut:2-3]
Memang 'sakit' bila mempunyai hati yang tak tenang. Duduk sejenak, fikirkan, muhasabahlah apa yang membuat hati jadi tak tenang. Kadang kala perkara yang tak terperasankan pun dapat menjadi punca kekacauan hati. Hal yang sekecil -kecilnya pun dapat mengundang kacau bilau dalam hati. Perhatikan setiap tindak tanduk kita. Hati- hatilah dengan dunia ni, banyak perkara yang menggoda hati dan iman kita, tapi bukan semuanya kita boleh ambil. Nafsu memang kehendaknya yang 'best2' saja, tapi tanyakan pada iman apakah ia diredhai ALLAH? Peringatan buat diri yang sering lupa...