Monday, 25 January 2010

^__^

Perasaan ini, andai ia sebuah lukisan pasti ia adalah karya yang paling indah pernah aku lihat, andai ia sebuah wajah, pasti ia secantik ketua bidadari di taman syurga. Aku ingin mengingati detik ini, sebagai lambang kesyukuranku padaMu ya ALLAH. Walau aku berselimut dosa, namun Kau masih mendengarkan aku, Kau masih membelaiku dengan sifat Rahman dan RahimMu. Kau hadiahkan aku sesuatu yang aku tak sangka itulah yang menjadi penawar hati yang sedang 'sakit' ini.

Ya Rabbi,
Ampuni aku. Ampunkan setiap kelalaianku dalam mentaati perintahMu. Jauhkan aku dari maksiat yang akan menambah titik hitam dalam hati ini. Aku taknak kembali kembali pada jahiliyyah itu lagi...

Ya Latif,
Berkatilah hidup sahabatku yang telah banyak berjasa kepadaku. Lindungi dia dalam rahmatMu. Ampunkan segala dosa- dosanya dan tetapkan hatinya di jalan ini. Amin.

Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang- orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang- orang yang benar dan pasti mengetahui orang- orang yang berdusta. [Al- Ankabut:2-3]

Memang 'sakit' bila mempunyai hati yang tak tenang. Duduk sejenak, fikirkan, muhasabahlah apa yang membuat hati jadi tak tenang. Kadang kala perkara yang tak terperasankan pun dapat menjadi punca kekacauan hati. Hal yang sekecil -kecilnya pun dapat mengundang kacau bilau dalam hati. Perhatikan setiap tindak tanduk kita. Hati- hatilah dengan dunia ni, banyak perkara yang menggoda hati dan iman kita, tapi bukan semuanya kita boleh ambil. Nafsu memang kehendaknya yang 'best2' saja, tapi tanyakan pada iman apakah ia diredhai ALLAH? Peringatan buat diri yang sering lupa...

Semoga ketenangan menjadi milik abadi...^__^

Wednesday, 20 January 2010

1000 dinar

Barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya, dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka- sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNya. Sungguh, ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu [65:2-3]

Ayat 1000 dinar.

Tuesday, 19 January 2010

hasbi rabbi



D
ari semalam nak menulis sebenarnya. Nak bercerita tentang kesedihan hati semalam. Tapi ruang waktu tu tiada. Bila disibukkan dunia, hati sendiri jadi tak terawat. Allah..jadikan aku istiqamah...

Baru telefon abah. Cakap kejap je dengan abah. Nasihat abah selalu kena dengan hati aku. Aku mengadu kat abah yang belajar sekarang susah, banyak assignment, aku tak larat, penat nak buat. Tapi aku tak cerita tentang hal yang satu ni yang benar2 buat aku lebih penat. Sungguh, memang aku PENAT kerananya. Tapi aku yakin kepenatan itu ada ganjarannya. Insyaallah.

Abah kata, "Kita kalau nak mengadu sebenarnya kat ALLAH"

Aku jawab, "Memang lah ain selalu mengadu kat Dia, tapi kadang nak cerita juga kat orang."

"iya lah..kena banyak sabar. Baca tu surah al-Alaq. Baca banyak kali, renungkan apa makna ayat tu...'

Bacalah dengan [menyebut] nama Tuhanmu yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia.
Yang mengajar [manusia] dengan pena,
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Tadabbur ayat ni merungkai resah dan meringankan berat yang bertamu dalam diri. Ya Allah...kurniakan aku kekuatan...

Hasbi Rabbi.

"doa byk2 kat DIA. Mintalah kat DIA..."

hu..Rindunya kat abah.




bajaj[baca bajai]



adakah langit akan menangis lagi malam ni?

Saturday, 16 January 2010

dengarkan aku




Hari ini aku belajar sesuatu

~ALLAH MAHA MENDENGAR~

Doa kita tak pernah dipersia-sia

Terima kasih Ya Rabbi

Harapan yang kita letakkan padaNya

DIA tak tinggalkan kita sendirian

Alhamdulillah. All praises to ALLAH.

*****

"dan Tuhanmu berfirman:"Berdoalah kepada-Ku pasti Aku mengabulkan untukmu." [al-Mukmin:60]

"Berdoalah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang- orang yang melampaui batas." [al- A'raf: 55]

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepadaNya, dan yang menghilangkan kesusahan." [an-Naml:62]

Aku akur pada kekuasaanMu, dan hanya kepadaMu aku tunduk ya ALLAH!

Tuesday, 12 January 2010

sudah2 la tu

"Kita sering berharap pada manusia, lalu seringlah kita dikecewakan dan disisihkan.Tapi bila kita meletakkan harapan pada ALLAH, DIA tak pernah mengecewakan, malah tak pernah meninggalkan kita walaupun sejenak"

Kata2 yang aku post kat shoutbox facebook. Aku sedang 'mengunyah'nya dan aku ingin ia jadi 'lumat'. Supaya aku sentiasa beringat, yang bernama manusia bukanlah tempat mutlak untuk bergantung harapan. Malah tidak layak pula menentukan nasib manusia lain. Pancangkan keyakinan bahawa ALLAH Subhanallah Ta'ala sahaja tempat untuk meminta, mengadu dan berharap, sebab DIA tuhan kita, DIA yang tahu pasal kita tentang segala2nya.

[Sesekali terasa hati dengan kawan..macam ni lah jadinya. bawa diri, jauh hati. klaka la ko ain...he3.. sudah2 la tu...maafkanlah dia. nobody is perfect, u know dat rite?]



hati-hati ini
aku lindungi
aku payungi
selagi aku ada
selagi aku punya kekuatan
selagi tangan masih belum lelah
agar ia tak pecah
agar ia tak sompek
supaya ia tetap berbentuk hati
yang sempurna

hati-hati ini
kepunyaan shbt2ku,
milik teman2ku,
dan kawan2ku
aku jaga ia
selagi aku mampu tersenyum saat hati aku sendiri di'carik'
selagi aku masih teguh bila hati aku sendiri di'robek'
selagi mana ALLAH izinkan aku begitu

hati aku?
ia ada di sini
di dalam dada
biar ia di sini
ALLAH ada
untuk menjaganya
INSYAALLAH..

Sunday, 10 January 2010

pasti datang punya


Beres! dua malam bertungkus lumus buat makalah PBL [taklah bertungkus sgt pon..he3..tp byk tau!]siap juga akhirnya. Selalunya dapat waktu seminggu, tapi kali ni 3 hari je sebelum disubmit. adeyh~ sapa yang tak stress.

Case kali ni ada pengajarannya buat diri aku. Malam yang aku start buat makalah tu aku terfikir sesuatu. "Macam mana kalau aku mati nanti? Apalah nasib kat sana nanti?

Ya ALLAH. Gerun aku rasa. Seram sejuk badan. Hilang rasa seronok dan kelazatan' hidup kejap. Kullu nafsin zaa iqatul maut'. Tiap- tiap jiwa akan merasakan mati! Nak terima atau tak terima ia pasti akan berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa. Pasti! Walaupun kita berada di kubu2 yang kukuh. Maut pasti mendapatkan kita. Cuma tak tahu bila je.

Selalu sebenarnya rasa takut untuk mati. Sebab rasa amalan tak cukup. Dosa banyak. Teringat sabda Nabi s.a.w yang pasal penyakit wahan yang banyak menimpa umat akhir zaman. "Cintakan dunia, takutkan mati." Nipisnya iman kat dalam diri bila rasa macam penyakit tu menghinggap. ALLAH...astaghfirullah.

Satu hal lagi sepanjang block [forensik] kali ni [block terakhir. block 30.yes!] akan sentiasa mengingat aku [kawan2 aku juga] tentang kematian. Insyaallah, mudah- mudahan. Insyaallah block ni akan bagi banyak pengajaran buat insan2 yang berfikir. Ngeri betul tengok orang- orang yang meninggal, pelbagai rupa, pelbagai cara. Mati dibunuh dan membunuh diri yang aku tengok paling dahsyat. Seram! [teringat cerita Saw]. Yang membunuh tu memang dah hilang pedoman agaknya. Sanggup kapak, libas, n parangkan orang. ngeri3!



Yang membunuh diri tu pula, kenapa lah sanggup nak tarik nyawa sendiri? Ingat mati tu pengakhir segala masalah ke? Kadang aku pelik dengan mereka2 itu. Bila stress gile amik jalan termudah--> bunuh diri. Gantung diri, tembak kepala sendiri!Nauzubillah. Sentengnya akal mereka tu. Mereka tau ke tak yang ALLAH sentiasa ada untuk hamba2Nya yang nak mengadu masalah kepadaNya. ALLAH Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. ya...mereka buat macam tu boleh jadi mereka tak percayakan hal tu. Nauzubillah.

Waktu aku baca tentang tanda pasti seseorang tu dah meninggal, aku sedih. Seseorang yang dipastikan meninggal akan menunjukkan lebam2 kat badan, keras, dan sejuk. Dah tak bergerak. Aku teringat lagi pada satu sabda Nabi. Masa ni maka tiada satu pun yang berguna lagi buat diri selain dari 3 perkara; doa anak soleh, ilmu yang diajarkan kepada org lain dan amal jariah. Benda2 tu je yang akan dibawa sepanjang pengembaraan di alam barzakh sana. Ya ALLAH...

Ya ALLAH, berikan aku penghujung yang baik [Husnul khatimah]. aku nak syahid di jalanMu.. AMIN.

Sama2 lah kita berdoa yer.

Thursday, 7 January 2010

langit menangis

butir- butir yang jernih itu
bersenda dengan si dedaun
beberapa detik berselang
semakin galak ia
mengusik
mencuit di sana-sini


butir-butir jernih yang jatuh
elok membentuk bulat
dan ia semakin besar

di situ ada

di sini pun
ada
di mana- mana ada




oh,

langit menangis rupanya
katakan padanya

teruslah menangis

basahi setiap penjuru alam

biar debu yang menghinggap itu hilang

biar noda yang terpalit itu pudar


menangislah lagi

bersihkan segala kotoran

yang dibuat anak manusia

bersihkan

kembalikan

keindahan bumi yang kupijak



OFF-[euthym]

Tuesday, 5 January 2010

burj khalifa



klik [burj khalifa]


828M.
dalam usaha menarik lebih banyak pandangan manusia

apakah pandangan ALLAH tidak lebih mulia dr itu??

Sunday, 3 January 2010

apa yang kau fikirkan

Sedang duduk

Sambil berfikir

Berfikir

Berfikir

Berfikir

Berfikir

Hurm...

Banyak yang dah berlaku since setahun kebelakangan ni. Satu episode demi episode kehidupan aku lewati. Satu- persatu kejahilan diri tersingkap. Ingatkan diri ni dah ok dah, dah cukup baik. ingatkan dah banyak ilmu, dah tau semua benda, ingatkan amalan selama ni dah cukup. Ingatkan dah jadi hamba yang cukup taat di hadapanNya. Hidup penuh prasangka je rupanya selama ni.

Ya ALLAH, kenapa terlalu lambat aku temukan 'cahaya' itu...??

Aku tak nak kembali ke arah tu lagi. Tak nak kembali ke zaman jahiliyyah tu. Aku taknak jadi manusia yang hanya menganggap agama cukup sekadar menunaikan rukun Islam tu, agama hanya dipakai bila nak buka n tangguhkan majlis dan bila nak cari makanan halal je. Taknak jadi islam yang mengambil Islamnya setengah-setengah. Taknak...taknak...

"wahai orang- orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.." [2:208]


Ya ALLAH...ampunkan kejahilan diri...

Banyaknya tanggungjawab dan hak yang belum aku penuhi sebagai hambaMu dan khalifah di muka bumi ni. Banyaknya rehatku berbanding berkerja keras untuk agamaMu. Sungguh aku hamba yang tidak berterima kasih!

Ya ALLAH...kenapa baru kini aku tersedar akan semua ni??

Siapa yang patut aku persalahkan?ohoho...aku sendiri yang salah, sebab tak mencari kebenaran tu. Berseronok dengan hal2 yang menyeronokkan sampai lupa dan dilupakan. Jadi manusia lalai. Jeleknya jadi manusia lalai. Taknak...taknak jadi manusia lalai..



Dah la...tak guna cakap banyak-banyak. Berubah! dan lakukan perubahan!